Hukuman Gantung Jadi Berita Di Mexico

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2015 11:56 AM

Berita antarabangsa: Gambar Sultan Johor muncul di akhbar Mexico dengan tajuk 'Mexico akan merayu kepada Sultan Johor'.

(Ubah saiz teks)

WALAUPUN Mexico melancarkan perang terhadap kartel dadah, namun negara itu tidak mewujudkan hukuman mati terhadap pesalah berkaitan.

Bagaimanapun Malaysia mencipta gelombang baharu di negara itu apabila memutuskan bahawa tiga rakyat Mexico perlu ke tali gantung kerana didapati bersalah mengedar dadah.

Apabila Mahkamah Persekutuan di Putrajaya mengekalkan keputusan bersalah oleh Mahkamah Rayuan terhadap tiga adik-beradik berkenaan pada April lalu, Duta Mexico ke Malaysia Carlos Felix Corona dibanjiri dengan permintaan untuk diwawancara daripada 32 agensi media dari negaranya.

Tiga beradik warga Mexico itu ialah Jose Regino Gonzales Villarreal, 34; Simon Gonzales Villareal, 37, serta Luis Alfonso Gonzales Villarreal, 44.

Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan mereka.

Dalam keputusannya, Hakim Mohd. Zawawi berkata, undang-undang Malaysia melayan semua tertuduh secara sama rata, tanpa mengambil kira warga asing ataupun tempatan.

Ketiga-tiga adik beradik itu adalah antara lima lelaki yang didakwa mengedar seberat 29,460.17 gram dadah jenis methaphetamin di kilang IPL Packaging Industries Sdn. Bhd. di 55, Jalan Idaman 1/5, Senai Industrial Park, Senai, Johor Bahru kira-kira pukul 3.15 petang, 4 Mac 2008.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Hukuman gantung ke atas mereka menjadi berita hangat di Mexico.

Dilaporkan kehidupan adik beradik itu lebih baik apabila Corona dilantik menjadi duta ke Malaysia.

Beliau berjaya membantu adik beradik itu dipindahkan dari penjara Kajang di Selangor ke penjara Bentong di Pahang, yang dikatakan lebih selesa.

Corona, seorang diplomat yang berkhidmat selama lebih daripada 23 tahun datang ke Malaysia atas sebab-sebab tertentu.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas ketika berurusan dengan hukuman mati dan merupakan salah seorang pakar terkemuka Mexico mengenai subjek ini.

Selepas penghakiman Mahkamah Persekutuan, Corona berkata kepada The Star: "Kami menghormati badan kehakiman Malaysia dan kami akan memfailkan semakan kehakiman sebelum memohon pengampunan Sultan Johor."

Kementerian Luar Mexico berkata mereka akan merayu kepada badan-badan tempatan dan antarabangsa untuk menentang hukuman mati.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan