'Baju Merah' Sedia Berdepan Peserta Bersih 4.0

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2015 6:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan anti-Bersih atau kumpulan berbaju merah akan meneruskan perhimpunan balas mereka pada hujung minggu ini walaupun telah diberi amaran oleh pihak polis.

Ketua kumpulan itu, Datuk Jamal Yunus berkata, mereka hanya bersedia untuk membatalkan perhimpunan mereka sekiranya penganjur Bersih 4.0 melakukan perkara yang sama.

"Jika kumpulan saya degil, Bersih juga degil dan rakyat Malaysia secara umumnya adalah degil, jadi apakah keamanan yang boleh dicapai?," katanya kepada pemberita di Dataran Merdeka di sini, Khamis.

Beliau mendakwa kumpulan anti-Bersih terdiri daripada 30,000 anggota dari lebih 280 badan bukan kerajaan (NGO) akan meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan himpunan balas bagi membantah perhimpunan Bersih 4.0.

Pada Rabu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang menghasut atau menggalakkan keganasan termasuk kumpulan 'berbaju merah'.

Jamal berkata, mereka bersedia untuk berdepan dengan sebarang tindakan daripada pihak polis.

Ditanya mengenai sumber dana kumpulan itu apabila Bersih 4.0 mengumpul hampir RM2 juta, Jamal berkata, beliau turut menerima dana berjumlah lebih RM1 juta.

"Saya terima dana daripada beberapa ahli perniagaan kerana saya sendiri adalah ahli perniagaan," katanya.

Kumpulan anti-Bersih 'berbaju merah' akan berkumpul di Plaza Low Yat pada 29 Ogos ini bermula dari pukul 2 pagi dan akan berarak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Pudu pada pukul 10 pagi.


Tags / Kata Kunci: anti-Bersih , Bersih 4.0

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan