Azmin Ali Terus Kunci Mulut Isu DEIG - Berita Semasa | mStar

Azmin Ali Terus Kunci Mulut Isu DEIG

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2015 9:47 PM

Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali terus 'mengunci mulut' berhubung status operasi Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang menimbulkan keraguan pelbagai pihak. 

Semasa ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini, Khamis, Mohamed Azmin berkata, maklumat mengenai entiti itu telah dijawabnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini.

"Saya telah jawab dalam dewan (DUN) mengenai perkara ini. Tengok 'handouts' saya," katanya ringkas.

Pada persidangan DUN itu, Mohamed Azmin berkata DEIG, yang ditubuhkan bagi menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata. 

Beliau berkata, entiti yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI itu ditubuhkan untuk mengurangkan impak dan risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri.

MBI pula akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan rakyat Selangor dan tanggungjawab sosial korporat, katanya.

Mohamed Azmi bagaimanapun berkata DEIG, yang ditubuhkan pada Disember 2014, masih belum memulakan operasi malah tidak terlibat dengan mana-mana transaksi sehinggalah pada awal 2016.

Namun, sebuah portal berita kewangan baru-baru ini melaporkan syarikat pelaburan itu telah mengumumkan untuk mencari rakan kongsi bagi pelaksanaan pembangunan tanah di kawasan Shah Alam, Gombak dan Bukit Beruntung.

Ketika diminta mengulas laporan portal berita itu yang menyebut DEIG pernah melaksanakan proses Pernyataan Minat (RFI) dan Permohonan Cadangan (RFP) berhubung pelaksanaan pembangunan di tiga kawasan berkenaan, Mohamed Azmin menafikannya sebaliknya menjawab: "RFI atau RFP itu semua dilakukan oleh MBI".

Pada 8 Julai lepas, The Edge Financial Daily melaporkan pembangunan tanah di ketiga-tiga kawasan itu akan dilaksanakan DEIG Land yang menyasarkan nilai pembangunan kasar sebanyak RM10 juta bagi fasa pertama menerusi konsep usaha sama.

Laporan itu turut menyatakan bahawa DEIG membuka RFI selain akan memaklumkan RFP kepada pemohon yang disenarai pendek untuk pembangunan berkenaan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , DEIG
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan