Tahan Sakit Bersalin Untuk Sertai Perarakan Hari Kemerdekaan

Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2015 9:02 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pengalaman menahan sakit untuk bersalin semasa menyertai perarakan motor berkuasa tinggi pada sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri 2014 tidak melunturkan semangat Zura Abdul untuk sekali lagi mengambil bahagian pada tahun ini.

Malah,tahun ini, penglibatan Zura, 33, dalam sambutan Hari Kebangsaan bermula lebih awal, kerana beliau menyertai konvoi Program Kembara Kasih Merdeka 2015 (Zon Timur) peringkat Pahang yang bermula hari ini, dan turut mengambil bahagian dalam perarakan pada 31 Ogos ini.

Lebih istimewa, wanita kecil molek itu memilih untuk menunggang motosikal Can-Am Spyder Roadster, keluaran firma berpangkalan di Valcourt, Quebec, Kanada, iaitu motosikal sama yang ditunggangnya semasa sakit untuk bersalin mula dirasai, tahun lalu.

"Saya memang sedang menunggu masa semasa itu, tapi masih lagi aktif mengikuti konvoi. Apabila tiba masa untuk memulakan perarakan, saya mula 'bleeding' dan melalui pengalaman sebagai jururawat sebelum ini, saya tahu saya sudah hampir bersalin.

"Selesai sahaja perarakan, saya dan suami, Iskandar Shah Mohd Saat@Mat Saat bergegas ke hospital," katanya kepada Bernama semasa ditemui pada Majlis Penyerahan Bendera Jalur Gemilang sempena Program Kembara Kasih Merdeka 2015 di Pantai Balok di sini.

Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Pahang Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abdul Razak.

Zura berkata 'anak merdekanya' lahir pada 1 Sept 2014 dan diberi nama Irbah Assiffa Wafiyya. Beliau mempunyai 12 orang anak termasuk empat anak susuan yang berusia antara 15 tahun hingga setahun.

Bercerita mengenai penglibatannya dalam dunia permotoran, Zura yang merupakan ahli perniagaan berkata minatnya disemai sejak kecil, memandangkan ayahnya Abdul Salleh, 57, juga peminat motosikal berkuasa tinggi.

"Sebaik sahaja menginjak usia 16 tahun, ayah memberi kebenaran untuk saya mengambil lesen motosikal dan pada usia 18 tahun, saya mula menunggang motosikal Kawasaki Vulcan," katanya.

Zura berkata beliau juga bertuah kerana suaminya Iskandar turut meminati motosikal berkuasa tinggi dan terus mengizinkan beliau untuk terus bergiat aktif dalam bidang itu meskipun sudah mempunyai anak

"Cuma sebagai langkah keselamatan, beliau lebih suka saya menunggang Can-Am Spyder Roadster yang disifatkan sebagai antara motosikal paling selamat di dunia. Bagaimanapun, pengendaliannya tidak semudah disangka kerana ia seakan-akan mengawal jet ski," katanya.

Iskandar Shah, 37, turut serta dalam program Kembara Kasih Zon Timur peringkat Pahang, yang melibatkan perjalanan dari Kuantan sehingga ke Genting Sempah sebelum Jalur Gemilang itu diserahkan kepada peserta peringkat Wilayah Persekutuan.

Bagi peringkat Pahang, program itu melibatkan 30 motosikal berkuasa tinggi, kereta pacuan empat roda (10) dan kereta milik Skuad Muda 1JPJ Pahang (10).

Zura merupakan wanita tunggal yang menunggang motosikal berkuasa tinggi pada program itu.

"Saya mahu membuktikan bahawa status sebagai wanita dan ibu bukan penghalang untuk mempunyai minat dalam perkara yang lebih sinonim dengan lelaki," katanya.

Tags / Kata Kunci: Hari Kemerdekaan , Perarakan , Bersalin

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan