Malaysia Kongsi Pengalaman, Kejayaan Perangi Rasuah Secara Holistik Di IACC 2015

Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2015 6:50 PM

Mustafar Ali

Mustafar Ali.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia akan berkongsi pengalaman dan kejayaan dalam memerangi rasuah secara holistik dan berkesan di Persidangan Anti-Rasuah Antarabangsa (IACC) 2015 pada September.

Timbalan Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali berkata, antara kejayaan negara yang boleh dibanggakan ialah penubuhan 14 Mahkamah Rasuah serta memaparkan data pesalah rasuah di laman sesawang SPRM.

Beliau berkata, dua kejayaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) itu cukup menggambarkan keseriusan Malaysia serta komitmen yang tinggi dalam usaha menangani gejala rasuah.

"Malaysia komited untuk belajar dan berkongsi maklumat dengan rakan-rakan anti-rasuah dari seluruh dunia. 

"Ini bukan sahaja platform perkongsian pandangan dan pengalaman, tetapi Malaysia juga ingin mempelajari daripada pakar terkemuka dari seluruh dunia mengenai kemajuan dan cabaran dalam usaha memerangi rasuah," katanya pada sidang media mengenai persidangan itu di sini, Rabu.

Mustafar berkata, SPRM yang julung kali menjadi hos persidangan itu yang bertemakan 'Mengakhiri Kesan Buruk: Rakyat, Integriti, Tindakan' dianjurkan bersama Majlis Penasihat IACC, Transparency International (TI) dan Transparency International Malaysia (TI-M).

"Pemilihan Malaysia dan SPRM sebagai tuan rumah IACC kali Ke-16 itu satu penghormatan dan yakin pertemuan dwitahunan ini akan menyediakan platform holistik bagi merangka pendekatan efektif memerangi rasuah," katanya.

Persidangan itu akan berlangsung dari 2 hingga 4 September di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dan akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan, yang merupakan bekas Presiden TI-M.

Mustafar menjelaskan IACC merupakan forum utama dunia yang membawa bersama ketua-ketua negara, masyarakat, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menangani cabaran semakin sofistikated dalam usaha membanteras rasuah.

Katanya, IACC dijangka menarik lebih 1,000 peserta dari lebih 130 negara dan 189 kertas kerja akan dibentang berhubung pengalaman global dan kaedah berkesan memerangi rasuah.

Tags / Kata Kunci: Mustafar Ali , SPRM

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan