Ahli Perkasa Bebas Sertai Bersih 4.0 - Ibrahim Ali - Berita Semasa | mStar

Ahli Perkasa Bebas Sertai Bersih 4.0 - Ibrahim Ali

Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2015 9:33 PM

Ibrahim Ali.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bebas untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0 sekiranya mereka mahu, kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim berkata, walaupun ahli Perkasa boleh menyertai perhimpunan pada hujung minggu ini tetapi kepimpinan kumpulan itu kekal mengambil pendirian yang neutral.

"Ia adalah hak individu. Kita tidak menghalang mereka tetapi kita juga tidak menyokongnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur, Rabu.

Ibrahim berkata, Perkasa teragak-agak untuk menyatakan sokongannya terhadap Bersih kerana dikhuatiri perhimpunan itu boleh mengancam keselamatan negara.

"Kita hormati hak orang ramai untuk menyertai perhimpunan itu tetapi kita juga bimbang terhadap keselamatan negara," katanya.

Tags / Kata Kunci: Perkasa , Ibrahim Ali
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan