Muhyiddin Bidas Tuduhan Pengkhianat, Desakan Letak Jawatan

Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2015 9:14 PM

Muhyiddin Yassin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas segelintir individu dalam Umno yang lantang mengkritik beliau dengan menuduhnya sebagai pengkhianat malah mendesak supaya meletakkan jawatan sebagai timbalan presiden parti.

Bekas timbalan perdana menteri itu mengingatkan bahawa sejarah sumbangannya kepada parti cukup panjang dengan perjuangan selama lebih 40 tahun.

Malah kata Muhyiddin, beliau juga tetap setia bersama Umno ketika parti berhadapan dengan pelbagai krisis. 

“Jadi, janganlah terlalu mudah menuduh saya sebagai pengkhianat dan mendesak saya meletak jawatan.

“Lumrah apabila seseorang itu tidak lagi berjawatan tinggi di dalam kerajaan, maka akan ada segelintir manusia yang tidak lagi menghormati, malah mengecam kita.

“Mereka ini ada antaranya yang pernah saya bantu ketika saya berada di dalam kerajaan. Mereka menuduh saya menjadi pengkhianat, menuntut supaya saya dihadapkan ke Lembaga Disiplin dan mendesak saya supaya meletak jawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Muhyiddin mendakwa terdapat seorang ketua Umno bahagian di Selangor antara yang paling kuat mendesak beliau meletak jawatan.

“Sedangkan ahli di bahagiannya sendiri menuntut dia letak jawatan. Semua ini dibuat semata-mata kerana saya bercakap benar demi untuk menyelamatkan parti,” katanya.

Bagaimanapun katanya, kritikan itu tidak mematahkan semangat beliau apatah lagi melemahkan daya juangnya untuk terus membela maruah agama, bangsa dan negara. 

“Saya yakin bangsa Melayu tidak akan menjadi bangsa yang dihina selagi kita berpegang teguh kepada ajaran Islam, menjadikan prinsip kebenaran dan keadilan sebagai panduan dalam kehidupan dan dipimpin oleh pemimpin yang amanah dan bertakwa kepada Tuhan,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin yang sebelum ini merupakan timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan digugurkan dari rombakan Kabinet pada 28 Julai lalu. 

Tags / Kata Kunci: Umno , Muhyiddin Yassin

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan