Kumpulan Anti-Bersih Sedia Tangani Peserta Bersih 4.0

Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2015 3:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan anti-Bersih bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan terdapat keganasan dalam perhimpunan Bersih 4.0 pada hujung minggu ini.

Ketua kumpulan itu, Datul Jamal Yunos berkata, persediaan menerusi kemahiran anggotanya telah ditunjukkan dalam satu demonstrasi di hadapan kompleks membeli-belah Sogo pada Selasa.

Dalam demonstrasi tersebut, ahli kumpulan itu memecah jubin dan kayu menggunakan kepala dan belakang mereka.

"Ada latihan tertutup untuk ahli kami pada malam ini (Rabu) dan mereka akan menggunakan parang dan pedang sebahagian daripada mempertahankan diri," katanya kepada The Star Online.

Jamal yang merupakan Ketua Umno Bahagian Sg Besar berkata, kira-kira 30,000 orang dari lebih 200 badan bukan kerajaan (NGO) akan digerakkan pada minggu ini untuk bertembung dengan perhimpunan Bersih 4.0.

"Tujuan kami berhimpun di sana adalah untuk memberi tekanan kepada mereka supaya membatalkan perhimpunan berkenaan kerana ia tidak membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.

"Kita akan membatalkan perhimpunan kita, jika mereka membatalkan perhimpunan mereka," katanya sambil menambah bahawa peserta Bersih perlu mematuhi arahan polis untuk melakukan perhimpunan tersebut di stadium tertutup.

"Mereka boleh melakukannya di stadium seperti Stadium Shah Alam atau Stadium Titiwangsa. Tidak akan ada yang menjadikan sebagai isu," kata Jamal.

Kumpulan itu yang mana pesertanya akan memakai kemeja-T warna merah akan berhimpun di plaza Low Yat di Bukit Bintang pada pukul 9 pagi dan berarak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Pudu pada pukul 10 pagi.

Dataran Merdeka merupakan lokasi akhir bagi perhimpunan Bersih 4.0.

Mengenai kumpulan itu menunjukkan kemahiran di hadapan kompleks membeli-belah Sogo, Jamal berkata, ia merupakan persediaan untuk mempertahankan diri sekiranya terdapat pertempuran.

"Kita tidak akan memulakan keganasan melainkan kita diserang oleh kumpulan 'kuning' (Bersih), kemudian orang kita berpakaian merah boleh mempertahankan diri mereka," katanya sambil menambah bahawa berlaku keganasan dalam perhimpunan Bersih yang lalu.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan menganjurkan perhimpunan keempat mereka dari 29 sehingga 30 Ogos ini bagi menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pihak polis bagaimanapun mengisytiharkan ia sebagai perhimpunan haram kerana menyalahi undang-undang.

Tags / Kata Kunci: anti-Bersih , Bersih 4.0

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan