Peranan Muhyiddin, Shafie Perkuat Umno Perlu Dihormati - Syed Ali

Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2015 6:08 PM

Syed Ali

Syed Ali Alhabshee.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Syed Ali Alhabshee meminta semua anggota Umno supaya menghormati peranan timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk memperkuatkan perjuangan parti.

Ketua Umno Bahagian Cheras itu berkata, walaupun Muhyiddin dan Shafie tidak lagi berada dalam kabinet tetapi tidak bermakna mereka tidak boleh memberikan sumbangan kepada parti.

Menurutnya, semua pihak dalam parti perlu berganding bahu dan bergerak dalam satu pasukan yang jitu.

“Sebagaimana kita menghormati dan menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno, maka Timbalan Presiden juga sepatutnya berada di tempat yang sama demi kepentingan parti.

“Sekarang bukan lagi masanya untuk kita saling curiga-mencurigai antara satu sama lain. Peranan mereka tidak boleh dihalang jika kita ingin menguatkan Umno terutama untuk berdepan dengan pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam kenyataan di blog, umnobahagiancheras.blogspot.com.

Syed Ali mendakwa, pihak pembangkang sememangnya mahu melihat keretakan dan kriris kepimpinan berlaku dalam Umno.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan terdapat pihak di kalangan anggota parti yang sengaja mencetuskan suasana tidak tenteram dengan melaga-lagakan sesama pemimpin.

Menurut Syed Ali, peranan dan kedudukan dalam kepimpinan parti dan pentadbiran kerajaan merupakan dua perkara yang berbeza.

“Selagi seseorang itu masih memegang jawatan tertinggi dalam hierarki parti, maka menjadi kewajipan ahli-ahli Umno untuk menghormatinya,” tegas beliau.

Sehubungan itu katanya, Muhyiddin dan Shafie telah dipilih oleh perwakilan Umno menerusi perhimpunan agung parti dan mandat itu seharusnya dihormati.

Muhyiddin dan Shafie digugurkan dari rombakan Kabinet pada 28 Julai lalu.

 

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan