Majlis Peguam Adakan EGM, Bincang Isu Derma RM2.6 Bilion Ke Akaun PM

Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2015 8:26 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majlis Peguam akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 12 September ini bagi membincangkan pemindahan wang dari luar negara berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Notis mengenai EGM yang akan diadakan pada 10 pagi di Hotel Renaissance Kuala Lumpur itu telah diedarkan kepada ahli pada Selasa.

Antara agenda dan usul yang dululuskan ialah seperti beritkut.

> Gangguan siasatan terhadap aliran dana dari SRC International Sdn Bhd (bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad, 1MDB), dan pewmindahan wang berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadi perdana menteri, kedua-duanya telah dilaporkan secara meluas.

> Langkah-langkah yang harus diambil oleh  Majlis Peguam untuk  memelihara kedaulatan undang-undang, menegakkan Perlembagaan Persekutuan, dan menghalang pentadbiran keadilan daripada diputarbelitkan dan semua perkara lain yang berkaitan dengannya.

Ia turut mengingatkan bahawa seramai 500 ahli Majlis Peguam perlu hadir bagi mencukupi korum dan EGM akan dibubarkan pada pukul 11 pagi jika korum tidak mencukupi.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun perdama menteri bukan daripada 1MDB dan sebaliknya daripada penderma dari Timur Tengah.

Suruhanjaya itu berkata, ia diketahui selepas mengambil keterangan daripada penderma.

SPRM berkata siasatan terhadap bekas anak syarikat 1MDB SRC International masih berjalan.

Tags / Kata Kunci: SPRM , EGM , Majlis Peguam , Derma

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan