Penglibatan Wanita Sebagai Pembuat Keputusan Lebihi Sasaran - Najib

Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2015 7:05 AM

Najib menyerahkan sijil kepada Tan Sri Rafiah Salim sebagai "Penyandang Kursi Kepimpinan Wanita" semasa sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2015 di Putrajaya pada Isnin. - foto MOHD SAHAR MISNI/The Star

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan di sektor awam sehingga Jun lepas telah mencapai 33 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata statistik itu melebihi sasaran 30 peratus yang ditetapkan oleh kerajaan, dan ia membuktikan bahawa kegigihan kerajaan dalam merealisasikan matlamat tersebut berhasil.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi sektor korporat serta swasta, penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan untuk tempoh sama pula, hanya pada kadar 15 peratus.

"Saya menyeru semua sektor korporat supaya menunjukkan komitmen penuh dan mengambil langkah sewajarnya untuk menaikkan peratusan tersebut," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2015 di sini, Isnin.

Najib berkata penetapan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus pembabitan wanita di peringkat pembuat keputusan di sektor awam dan korporat merupakan antara inisiatif kerajaan dalam memartabatkan golongan itu di negara ini supaya berada di puncak kejayaan.

Najib turut meminta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia supaya menyediakan indeks kepelbagaian yang antara lain mengandungi peratusan penglibatan wanita dalam sektor korporat.

"Ini penting supaya kita tahu mana (syarikat) yang mencapai atau tidak sasaran 30 peratus penglibatan wanita," katanya.

Inisiatif lain yang turut dilaksanakan kerajaan memperkasakan wanita di negara ini termasuk menyediakan RM2.26 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam Bajet 2015 untuk membantu dan meningkatkan sumbangan wanita dalam pembangunan negara, katanya.

Najib berharap lebih banyak kumpulan sukarelawan membabitkan wanita seperti Komuniti Perkumpulan Wanita 1Malaysia (Perwani) ditubuhkan bagi menjadi ejen transformasi dalam membantu rakyat di peringkat akar umbi.

Pada masa yang sama, katanya kumpulan tersebut membantu kerajaan  memastikan agenda pembangunan wanita sentiasa menjadi agenda utama negara.

Najib berkata insiatif yang turut dilaksanakan termasuk pelantikan tiga menteri wanita dan tujuh timbalan menteri dalam kalangan wanita.

"InsyaAllah, kita sentiasa sedia mempertimbangkan jumlah penambahannya, namun harus berdasarkan kepada merit dari semasa ke semasa," katanya.

Tags / Kata Kunci: wanita , pembuat keputusan , sektor awam

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan