Urusan Haji Kendalian TH Berjalan Lancar - Jamil Khir

Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2015 2:40 PM

Jamil Khir Baharom.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Orang ramai diminta supaya tidak bimbang atau membuat sebarang andaian mengenai kemungkinan timbul masalah buat jemaah haji di tanah suci ekoran penyusutan nilai mata wang negara ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata semua urusan jemaah haji yang dikendalikan oleh Tabung Haji (TH) berjalan dengan baik dan lancar.

Beliau berkata TH sentiasa berada di tanah suci sepanjang musim haji bagi membantu setiap keperluan jemaah kendaliannya, termasuk menyediakan perkhidmatan pengeluaran dan penyimpanan wang buat mereka.

"Tempat makan, minum, (jemaah) semua disediakan, semua diuruskan, dia bukan beli sendiri makanan, Tabung Haji yang sediakan (makanan)," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas menyampaikan anugerah sijil dan diploma pada Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (Ikmas) di Dewan Kenyalang Ikmas di sini Selasa.

Menurutnya ketika ini kerajaan memberikan subsidi RM7,290 bagi tiap seorang jemaah supaya mereka hanya perlu membayar RM9,980 seorang untuk menunaikan haji dengan TH.

Berdasarkan rekod, tahun lepas subsidi RM6,175 diberikan buat tiap seorang jemaah manakala tahun sebelumnya RM5,755, supaya bayaran haji dapat terus dikekalkan RM9,980.

Terdahulu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha dalam ucapannya berkata Ikmas yang diwujudkan sejak 15 tahun lepas telah berjaya melahirkan 633 graduan diploma dan 119 graduan persijilan sehingga kini.

Beliau berkata ramai graduan Ikmas diterima baik dalam pasaran kerja khususnya di Sarawak, selaras dengan usaha berterusan Jakim dan kerajaan untuk memperkasa institusi-institusi pengajian Islam dalam negara.

Sebanyak 91 graduan diploma dan 20 graduan persijilan menerima anugerah mereka pada majlis konvokesyen pada Selasa.

Tags / Kata Kunci: Tabung Haji , jemaah haji , ringgit

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan