Ringgit Terus Susut Berbanding Dolar AS

Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2015 7:40 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ringgit terus turun berbanding dolar Amerika pada Isnin berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia, kata para peniaga.

Pada pukul 5 petang, mata wang tempatan disebut harga pada 4.2475/0415 berbanding dolar AS daripada 4.1800/1880 pada Jumaat lepas.

Seorang peniaga berkata kejatuhan berterusan penanda aras minyak mentah dunia, West Texas Intermediate (WTI) dan Brent sekali lagi mencetuskan penjualan ringgit dan mata wang ekonomi pesat membangun lain yang berkait dengan eksport minyak mentah.

"Harga minyak terus mengalami penurunan hari ini (Isnin), dengan WTI mencecah paras terendah harian pada US$39 setong manakala Brent menyusut serendah US$44 setong.

"Kebimbangan berterusan terhadap ekonomi China menjejaskan minat risiko  global dan menambah kerisauan terhadap prospek permintaan minyak dunia,' katanya.

Seorang lagi peniaga berkata semasa bank-bank terus melepaskan pegangan mata wang tempatan berikutan aliran keluar portfolio, pengurus aset pula akan muncul pada bila-bila masa untuk mula mengumpul aset terlebih jual.

"Situasi hari ini berbeza daripada semasa krisis kewangan Asia 1997/98. Ekonomi Malaysia jauh lebih kukuh sekarang ini," katanya.

Ringgit, yang mencecah paras 4.25 berbanding satu dolar Amerika untuk pertama kali sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lalu, juga didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ringgit terus turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0143/0229 daripada 2.9694/9753 pada Jumaat dan rendah berbanding yen kepada 3.5295/5390 daripada 3.3981/4060.

Unit tempatan juga menyusut berbanding pound sterling kepada 6.6876/7042 daripada 6.5672/5814 dan rendah berbanding euro kepada 4.8826/8950 daripada 4.7033/7132 pada Jumaat.

Tags / Kata Kunci: ringgit , susut , dolar AS

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan