Terima & Perbaiki Situasi Ekonomi Secepat Mungkin - Nazir Razak

Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2015 4:00 PM

Nazir Razak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak memuat naik gambar seekor "Wall Street Bull"  tumbang di akaun Instagramnya untuk menggambarkan keadaan semasa ekonomi di negara ini.

Gambar tersebut yang menerima lebih 650 likes dimuat naik bersama kapsyen yang mengandungi kata-kata berunsur nasihat kepada mereka yang berkuasa.

"Mati atau cedera? China akan menentukan, tetapi nilai relatif normal baharu akan diguna pakai bagi kebanyakan pasaran yang muncul. Terima dan sesuai diri dengan cepat.

"Sementara itu, modal sangat sensitif; berita buruk dan tanda-tanda tidak baik diperluas, jadi mereka yang 'berkuasa' perlu mengelak mengatakan perkara bodoh," tulis Nazir yang juga adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau tidak menyatakan dengan jelas mengenai individu yang dirujuk itu.

Wall Street Bull atau lebih dikenali sebagai "Charging Bull" merupakan sebuah monumen ikonik berwarna gangsa yang terletak berhampiran Wall Street, New York.

Ia dibina pada 1989 oleh artis Arturo Di Modica untuk melambangkan keyakinan dan kekuatan kewangan berikutan kejatuhan pasaran saham Amerika Syarikat pada 1987.


Tags / Kata Kunci: Wall Street Bull , Nazir Razak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan