Pembangunan Kampung Mutiara Tidak Akan Diluluskan - Guan Eng

Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2015 6:41 PM

Warga emas Zawiah Ismail, 61, sebak ketika membuat halangan benteng manusia bagi menyekat kerja-kerja merobohkan 66 buah rumah di Jalan menuju ke Kampung Mutiara Batu Feringgi pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan meluluskan sebarang permohonan pelan pembangunan di Kampung Mutiara, Batu Feringghi di sini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata setakat ini pemilik tanah berkenaan belum mengemukakan permohonan untuk memajukan tanah itu.

"Kami tidak pernah meluluskan sebarang pelan pembangunan di kawasan itu dan kerajaan negeri tidak mengambil tindakan mengusir penduduk di situ," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Pada Isnin, kira-kira 1,000 penduduk Kampung Mutiara berkumpul membantah tindakan pemilik tanah yang mengarahkan mereka mengosongkan tanah berkenaan tanpa membuat rundingan.

Bagaimanapun hasil campur tangan UMNO dan kerajaan negeri, pemilik tanah berkenaan menangguhkan tindakan itu ke satu tarikh yang akan ditetapkan oleh penduduk.

Lim berkata isu itu melibatkan tanah milik swasta dan kerajaan negeri akan terus membela penduduk di kawasan itu dan mencari jalan penyelesaian sekiranya pemilik tanah mendapatkan perintah pengusiran daripada mahkamah.

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , Kampung Mutiara

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan