Doktor Rakam Gambar Selfie Boleh Disaman - Rohani

Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2015 5:52 PM

Rohani Karim

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Anggota keluarga atau suami kepada pesakit wanita yang dirakam gambar oleh seorang doktor ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Johor Baharu boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pengamal perubatan tersebut. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim berkata tindakan tersebut telah mengaibkan maruah wanita terbabit apabila gambar berkenaan turut menampakkan bahagian sulitnya. 

"Gambar itu kemudian disebarkan menerusi laman sosial sekaligus boleh memalukan dan menjejaskan imej pesakit wanita terbabit. 

"Selain menyalahi etika sebagai pengamal perubatan, doktor dan kakitangan pada waktu itu tidak wajar merakam gambar kerana mengundang pelbagai tanggapan negatif kepada hospital," katanya kepada media selepas mempengerusikan sesi percambahan minda Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perunding Wanita di sini pada Selasa.

Beliau mengulas tindakan seorang doktor wanita di sebuah hospital di JohorBaharu yang merakam gambar secara selfie sambil menunjukkan isyarat 'peace' dengan pesakit itu dalam posisi bersalin.  

Perbuatan itu telah mengundang kemarahan orang ramai terutamanya pengguna laman sosial yang turut mengecam aksi merakam gambar terbabit.

Pada masa sama, Rohani meminta orang ramai agar tidak menyebarkan gambar tersebut kerana ia boleh terus memalukan dan mengaibkan maruah pesakit wanita berkenaan.   

"Bayangkan sekiranya perkara ini berlaku pada diri sendiri, mungkin kita turut merasa malu seperti dialami wanita terbabit," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan