NRRET Tidak Terlibat Dalam Siasatan 1MDB - Jabatan Peguam Negara

Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2015 6:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: National Revenue Recovery Enforcement Team (NRRET) tidak pernah terlibat dengan mana-mana siasatan yang melibatkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan syarikat-syarikat berkaitan. 

Jabatan Peguam Negara menjelaskan perkara tersebut menerusi satu kenyataan pada Selasa, dan menyatakan NRRET bukanlah satu pasukan petugas khas baharu yang ditubuhkan. 

"NRRET adalah merupakan nama baharu Pasukan Petugas Khas yang telah ditubuhkan sejak tahun 2011 untuk membantu kerajaan menangani pelbagai isu. 

"Antaranya isu berkaitan pelarian cukai individu dan korporat dan duti kastam, isu aktiviti penyeludupan, penyalahgunaan barangan bersubsidi, isu pengaliran wang keluar secara haram dan isu rasuah," katanya.

Menurut kenyataan itu, keanggotaan NRRET terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM),  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan ​Bank Negara Malaysia (BNM). 

Selain itu, turut terlibat ialah ​Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),​ Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), ​Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan ​Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

"​Peranan utama NRRET adalah untuk menyelaras dan mengkordinasikan tindakan penguatkuasaan bersepadu pelbagai agensi dalam menangani isu-isu berkaitan, ​NRRET tidak pernah terlibat dengan mana-mana siasatan yang melibatkan 1MDB dan syarikat-syarikat berkaitan," menurut kenyataan itu.

Tags / Kata Kunci: NRRET , 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan