GHB: Tidak Perlu Kosongkan Kerusi Parlimen, DUN - Mat Sabu

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2015 6:25 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Semua wakil rakyat daripada PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak perlu meletak jawatan sebagai anggota parlimen atau dewan undangan negeri kerana kemenangan mereka adalah atas tiket Pakatan Rakyat, kata Mohamad Sabu. 

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata soal peletakan jawatan tidak timbul kerana perundangan dan perlembagaan tidak memaksa wakil rakyat yang menyertai parti lain mengosongkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum.  

"Sebaliknya, wakil rakyat (PAS) di luar Pakatan yang seharusnya melepaskan jawatan mereka," katanya kepada pemberita selepas perasmian GHB Pulau Pinang disini. 

Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengulas desakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya anggota parlimen dan Adun PAS berkenaan meletak jawatan. 

Sementara itu, Mohamad yang akan menjadi pengerusi parti baharu itu berkata beliau yakin jumlah keanggotaan GHB akan meningkat dalam beberapa minggu lagi berikutan beberapa peletakan jawatan dan keahlian dalam PAS sekarang, dan didakwa akan terus berlaku.

Tags / Kata Kunci: Mat Sabu , GHB

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan