Ibu Pejabat Umno Teliti Resolusi 191 Bahagian

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2015 9:44 AM

Tengku Adnan Tengku Mansor

Tengku Adnan Tengku Mansor.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Umno akan mengkaji resolusi yang dikemukakan semua 191 bahagian termasuk yang dibuat bahagian Penampang di Sabah yang menggesa parti untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Timbalan Presiden.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, semua resolusi akan dibentangkan kepada Majlis Tertinggi untuk dikaji semula sebaik sahaja setiap bahagian menamatkan mesyuarat tahunan mereka.

"Kami perlu meneliti resolusi pertama. Jika terdapat asas kepada isu yang dibangkitkan bahagian tertentu, kami akan bertindak sewajarnya," kata Tengku Adnan.

Beliau berkata proses sama akan dilakukan terhadap resolusi yang dikemukakan Umno Bahagian Penampang.

"Jika kami mendapati perkara dibangkit Penampang sah, kami akan mengemukakan perkara itu kepada jawatankuasa disiplin," katanya.
Tags / Kata Kunci: Tengku Adnan Tengku Mansor , Umno

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan