Tidak Perlu Perbesarkan Resolusi Tindakan Disiplin Terhadap Muhyiddin – Syed Ali

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2015 12:34 PM

Syed Ali Alhabshee.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Syed Ali Alhabshee meminta resolusi supaya tindakan disiplin diambil terhadap Timbalan Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak diperbesarkan.

Ketua Umno Bahagian Cheras itu berkata, ini kerana semua resolusi tidak kira mengenai pandangan, cadangan atau permasalahan membabitkan parti perlu diteliti terlebih dahulu tanpa membuat keputusan dengan terburu-buru.

Menurutnya, walaupun Umno merupakan parti yang mengamalkan konsep demokrasi namun sebarang perkara perlu diputuskan bersama secara berhemah.

"Tak ada masalah untuk usulkan apa sahaja resolusi. Kita ada 191 bahagian, bukan hanya satu bahagian. Kalau kita layan satu bahagian sahaja, susahlah, nanti tak jadi kerja.

"Resolusi yang ‘satu’ ini perlu tunggu resolusi-resolusi yang diusulkan oleh Umno Bahagian yang lain dahulu, kita  tunggu sampai semua mesyuarat selesai.

"Selepas itu baharulah parti akan adakan mesyuarat dan membuat keputusan dengan membawakannya ke mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) mahupun pada Perhimpunan Agung Umno," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Pada Ahad, Umno Bahagian Penampang meminta tindakan disiplin diambil terhadap Muhyiddin menerusi resolusi yang diluluskan apabila menyifatkan timbalan presiden parti itu gagal menjaga nama baik, integriti dan maruah parti.

Syed Ali berpendapat bahawa dalam keadaan hari ini, semua pihak sepatutnya merapatkan saf kepimpinan di semua peringkat dan menghentikan segala perbalahan.

"Hentikan perkelahian, kita seharusnya bekerjasama dan pada masa yang sama pucuk pimpinan perlu mendengar suara akar umbi agar sebarang hal atau masalah dalaman parti dapat diselesaikan dengan baik," katanya.

Sementara itu, mengenai usul daripada Umno Bahagian lain supaya presiden parti diberi cuti rehat, Syed Ali berkata, perkara itu hanya dikemukakan oleh beberapa pihak sahaja.

"Siapapun boleh usulkan tetapi berapa orang yang usulkan, berapa orang yang bercakap. Sekarang ini, macam-macam kita bercakap.

"Nanti bawa mana-mana perkara (usul) ke presiden parti dan MT untuk berbincang. Pucuk pimpinan memang akan dengar keluhan akar umbi tetapi ia perlu diteliti dan berbincang sebelum membuat keputusan,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Syed Ali Alhabshee , Umno

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan