P. Pinang Tarik Balik Tema Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2015 2:52 PM

Lim Guan Eng.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang menarik balik tema sambutan kemerdekaan 'Bersih, Cekap, Amanah' yang digunakan untuk peringkat negeri itu.

Keputusan tersebut diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco tergempar pagi Isnin.

Guan Eng berkata, kerajaan negeri akan menggunakan tema 'Sehati, Sejiwa', sama seperti yang diumumkan kerajaan Pusat bagi sambutan kemerdekaan tahun ini.

Katanya, dengan penarikan tema itu, tidak timbul lagi masalah untuk agensi persekutuan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat negeri.

"Keputusan ATM menarik diri daripada sambutan kali ini akibat akur kepada desakan kerajaan pusat telah menyebabkan kerajaan negeri membuat pertimbangan semula. Penghormatan diraja oleh ATM kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas adalah satu kewajipan tradisi sambutan Hari Kebangsaan.

"Atas semangat kemerdekaan dan demi mempertahankan kewibawaan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang sebagai ketua negeri ... kerajaan negeri dengan berat hati menarik balik tema 'Bersih, Cekap, Amanah'.

"Kerajaan negeri akan menggunakan tema yang sama dengan yang telah diumumkan oleh kerajaan pusat," katanya.

Pada Ahad, ATM memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan, ia berkata keputusan itu dibuat berikutan tema sambutan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri iaitu 'Bersih, Cekap dan Amanah' tidak sejajar dengan jiwa serta semangat sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Sebelum ini Jabatan Pendidikan Pulau Pinang turut mengarahkan agar semua sekolah di negeri ini supaya tidak menyertai sebarang sambutan dan perarakan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada Kementerian Pendidikan.

Guan Eng berkata sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri sememangnya telah menggunakan tema yang berlainan daripada sambutan di peringkat kebangsaan sejak tahun 2010.





Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , Hari Kebangsaan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan