Bekas SB: Saya Temui Dr Mahathir

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2015 10:07 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Pengarah Cawangan‎ Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador berkata beliau bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad sebanyak empat kali dalam tempoh dua tahun atas arahan ketuanya supaya beliau tidak menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka.

Dalam satu sidang media pada Ahad, Abdul Hamid berkata beliau bertemu Dr Mahathir untuk mendapatkan padangannya berhubung beberapa perkara dan juga mendapat persetujuan untuk tidak melakukan "perkara sama".

"Pada mulanya, beliau bersetuju untuk tidak menyerang (Najib) secara terbuka. Beliau berkata akan menemuinya," kata Abdul Hamid.

Menurutnya, Dr Mahathir juga memberitahu bahawa beliau tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran kerajaan terutamanya pemberian BR1M.

Pada minggu lalu, Abdul Hamid dilaporkan sebagai berkata, walaupun dikerat kepada 12 bahagian, beliau tidak akan memfitnah hamba Allah yang banyak memberi sumbangan kepada negara ini, merujuk kepada Dr Mahathir.

Abdul Hamid, yang kini sedang bercuti dipindahkan dari Bukit Aman ke Jabatan Perdana Menteri pada Khamis lalu.

Beliau juga mendakwa terdapat "tangan ghaib" yang tidak senang dengan kehadirannya sebagai individu No.2 di jabatan tersebut sehingga membawa kepada perpindahannya kerana inginkan siasatan terhadap 1MDB dilakukan dengan telus.

Katanya, beberapa minggu sebelum notis perpindahan, beliau dipanggil bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya diberi pilihan untuk dipindahkan ke Majlis Keselamatan Negara atau Jabatan Perdana Menteri," kata Abdul Hamid.

Beliau juga berkata tidak terlibat dalam penahanan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap SRC International.


Tags / Kata Kunci: Abdul Hamid Bador , Dr Mahathir

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan