Wakil Rakyat PAS Tak Perlu 'Layan' Hadi

Diterbitkan: Ahad, 23 Ogos 2015 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wakil rakyat PAS layak untuk mengekalkan kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu walaupun selepas menyertai parti baharu.

Sehubungan itu Penasihat Umum Gerakan Harapan Baru (GHB), Ahmad Awang menasihatkan semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS supaya tidak 'melayan' gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar mengosongkan kerusi masing-masing.

"Rakyat memilih kerana mereka mewakili Pakatan Rakyat yang menjanjikan agenda untuk membuat perubahan politik dalam negara dengan matlamat menjatuhkan rejim pemerintahan Umno dan BN.

"Selagi wakil rakyat yang dipilih kekal memperjuangkan matlamat ini, maka mereka layak untuk terus menggalas amanah rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Ahmad yang juga bekas calon Presiden PAS pada pemilihan parti itu Jun lalu mengulas mengenai kenyataan Hadi yang dilaporkan berkata bahawa wakil rakyat yang menang PRU-13 atas tiket PAS perlu mengosongkan kerusi jika mereka menyertai parti baharu diasaskan GHB, Parti Amanah Rakyat.

Hadi berkata, mereka perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar sumpah bai'ah kepada parti Islam itu.

Mengulas lanjut Ahmad mengingatkan Presiden PAS itu bahawa tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan supaya wakil rakyat sesebuah parti perlu meletak jawatan sekiranya menyertai parti lain.

"Kenyataan PAS mendesak mereka meletakkan jawatan dalam keadaan mereka terus memperjuangkan hasrat rakyat yang telah mengundi mereka adalah membelakangkan kepentingan pengundi," katanya.

Tegas Ahmad lagi, adalah lebih baik Hadi mengeluarkan kenyataan mendesak wakil rakyat pembangkang yang enggan menyokong usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletak jawatan.

"Sewajarnya seluruh ahli Parlimen pembangkang bersedia mengisytiharkan sokongan mereka terhadap undi tidak percaya yang akan dibawa ke atas Datuk Seri Najib.

"Saya berkeyakinan adalah lebih baik untuk Datuk Seri Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan mendesak mana-mana ahli Parlimen pembangkang yang tidak menyokong undi tidak percaya ini untuk meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi mereka. Kenyataan seperti ini lebih mewakili kehendak rakyat," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan