Rakyat Tidak Percaya Kadar Jenayah Menurun - Nur Jazlan

Diterbitkan: Ahad, 23 Ogos 2015 9:24 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Sebahagian besar atau 50 peratus rakyat Malaysia masih beranggapan kadar jenayah di negara ini semakin meningkat, manakala 40 peratus lagi mengganggap ia tidak berubah, meskipun terdapat pelbagai langkah pencegahan jenayah telah dilakukan pihak berkuasa termasuk polis.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, berdasarkan kajian keselamatan yang dilakukan sebuah konsultan bebas iaitu Frost  and  Sullivan tahun lepas didapati hanya 10 peratus orang awam sahaja percaya kadar jenayah berjaya diturunkan.

"Ini menunjukkan terdapat jurang persepsi mengenai penurunan jenayah dalam kalangan masyarakat," katanya tanpa menyebut jumlah sebenar responden yang terlibat dalam kajian berkenaan.

Nur Jazlan berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Karnival Bersatu Menentang Jenayah di Plaza Angsana, di sini pada Ahad.

Pada sidang media kemudiannya pula, Anggota Parlimen Pulai itu berkata, rakyat seharusnya lebih percaya dengan pembentangan statistik jenayah yang dikeluarkan pihak polis berbanding maklumat yang disebarkan dalam media sosial.

"Saya berharap rakyat tidak mudah terpedaya dan percaya. Maklumat itu perlu disahihkan dan dibandingkan dengan fakta sebenar yang ditunjukkan pihak polis dalam menangani jenayah," katanya.

Ditanya kenapa rakyat masih tidak mempercayai kadar jenayah menurun, Nur Jazlan berkata, ia disebabkan media sosial mempunyai kesan yang besar dalam kehidupan harian mereka.

"Ia juga memberi kesan (sebaran) yang cepat agar orang mempercayai perkara yang tidak betul dan begitu juga sebaliknya," kata beliau.

Frost  and  Sullivan dilantik oleh kementerian untuk menjalankan kajian dan penyelidikan berhubung perkhidmatan yang diberikan pihak berkuasa dan keselamatan negara, pada 2013.

Kajian dan penyelidikan dibuat dalam dua fasa, fasa pertama siap pada penghujung tahun 2013 manakala fasa seterusnya dibuat dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Laporan hasil kajian yang sistematik dan menyeluruh itu akan dijadikan panduan dalam usaha polis menambah baik perkhidmatan melalui maklum balas yang diterima terus daripada rakyat.

Tags / Kata Kunci: Kadar Jenayah Malaysia

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan