KPM Bincang Dengan Pulau Pinang Isu Sambutan Hari Kebangsaan

Diterbitkan: Ahad, 23 Ogos 2015 3:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan berbincang dengan kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum membuat sebarang perubahan terhadap arahan larangan sekolah daripada menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2015 anjuran kerajaan negeri itu.

Menterinya Datuk Seri Mahdzhir Khalid berkata para pegawainya akan menemui wakil kerajaan negeri dalam masa terdekat.

"Selepas itu kita akan membuat keputusan mengenainya. Setakat ini arahan tersebut adalah kekal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Kepong di sini, Ahad.

Kementerian sebelum ini telah mengeluarkan larangan tersebut berikutan kerajaan negeri Pulau Pinang mahu menggunakan tema yang berbeza daripada tema yang digunakan kerajaan persekutuan iaitu "Sehati Sejiwa'.

Pulau Pinang mahu menggunakan tema yang mempunyai kaitan dengan 'Bersih'.

Dalam ucapan perasmiannya, Mahdzhir berkata UMNO perlu mengekalkan solidariti dalam memastikan Barisan Nasional (BN) kekal sebagai pemerintah yang membela nasib rakyat.

Beliau berkata anggota UMNO perlu mengelak daripada mengamalkan politik kebencian sehingga boleh mencetus perpecahan yang akan membawa kepada kegagalan BN dalam mengekal undi pada pilihan raya umum.

"Ini pernah terjadi ketika Kedah jatuh ke tangan PAS, kerana adanya pergerakan yang menyemai api kebencian terhadap kerajaan," katanya.

Tags / Kata Kunci: KPM , Pulau Pinang , Bersih

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan