Kerajaan Mungkin Digulingkan Jika Tiada Langkah Diambil - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Ahad, 23 Ogos 2015 12:57 PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

KOTA BELUD: Kerajaan mungkin digulingkan dengan cara tidak demokratik sekiranya tiada langkah-langkah diambil untuk mengelakkan perkara itu daripada berlaku, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau terpaksa mendedahkan rancangan membabitkan pembangkang dan beberapa pemimpin 'bersara' supaya menghentikan rancangan mereka.

"Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya menerima maklumat yang tepat mengenai apa yang mereka lakukan dan menyelesaikan masalah itu.

"Mereka merancang untuk mewujudkan kerajaan perpaduan. Namun matlamat sebenar mereka adalah untuk merampas kuasa melalui pintu belakang," katanya pada majlis perasmian mesyuarat Umno Bahagian Kota Belud pada Ahad.

Beliau berkata, mereka yang terlibat dalam rancangan tersebut tidak boleh menunggu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk mengambil alih kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi cara demokratik.

Pada Ahad, Dr Ahmad Zahid berkata beliau yakin rakyat Malaysia akan menolak sebarang usaha untuk melemahkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.

Pada minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri itu mendedahkan bahawa seorang tokoh Umno terlibat dalam komplot menjatuhkan kerajaan melalui undi tidak percaya di Parlimen dengan sokongan pemimpin pembangkang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata status Sabah sebagai "simpanan tetap" BN akan cair sekiranya pemimpin parti itu gagal mengekalkan hubungan erat dengan rakyat dan ahli di peringkat akar umbi.

"Apa yang penting untuk kita adalah menjaga keperluan rakyat," katanya.


Tags / Kata Kunci: Dr Ahmad Zahid Hamidi , Umno

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan