Penunjuk Perasaan Bantah EGM Dong Zong

Diterbitkan: Ahad, 23 Ogos 2015 1:55 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Sekumpulan penunjuk perasaan merempuh masuk ke dalam bangunan Dong Zong di sini pagi Ahad dalam usaha untuk menghalang Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) daripada diadakan.

Penunjuk perasaan berhimpun di luar perkarangan bangunan Dong Zong seawal pukul 8 pagi tetapi tidak dibenarkan masuk.

Kira-kira 15 minit sebelum mesyuarat bermula pada pukul 11 pagi, beberapa penunjuk perasaan menggunakan besi pemotong untuk memotong rantai, menolak dan mengangkat pintu pagar, menyebabkan ia hampir roboh.

EGM sedang berlangsung pada ketika ini.

Berlaku perebutan kuasa dalam gerakan pendidikan Cina dan mereka boleh berdepan pembatalan pendaftaran oleh Pertubuhan Pertubuhan (RoS) sekiranya isu tersebut gagal diselesaikan.

Sekiranya Dong Zong dibatalkan pendaftarannya, kesemua harta dan aktiviti termasuk mengadakan peperiksaan di semua 60 buah sekolah persendirian Cina pada Oktober akan dibekukan.



Tags / Kata Kunci: Dong Zhong , tunjuk perasaan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan