ATM Tidak Sertai Sambutan Hari Merdeka Pulau Pinang

Diterbitkan: Ahad, 23 Ogos 2015 8:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan, ia berkata keputusan itu dibuat berikutan tema sambutan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri iaitu 'Bersih, Cekap dan Amanah' tidak sejajar dengan jiwa serta semangat sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Menurutnya setiap sambutan Hari Kebangsaan yang merupakan acara peringkat nasional seharusnya disokong oleh setiap lapisan rakyat dan organisasi yang cintakan negara berasaskan tema yang ditetapkan.

"Tema yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat Sambutan Hari Kebangsaan 2015 iaitu 'Sehati Sejiwa' perlu disokong dan diamati oleh semua seperti tahun-tahun lepas dan ATM adalah tidak terkecuali," kata kenyataan itu.

ATM berkata ia telah mengambil bahagian dalam setiap sambutan Hari Kebangsaan kerana kesepakatan dan kesepaduan setiap negeri menggunakan tema sambutan yang melambangkan kesepaduan nasional yang turut memanifestasikan penghargaan ke atas sumbangan dan pengorbanan pasukan itu.

Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP sebelum ini dilapor akan menggunakan tema 'Bersih, Cekap dan Amanah' berbanding tema sambutan yang ditetapkan kerajaan persekutuan.

Susulan itu juga Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah mengarahkan agar semua sekolah di negeri itu supaya tidak menyertai sebarang sambutan dan perarakan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada Kementerian Pendidikan.

Tags / Kata Kunci: ATM , Hari Kebangsaan 2015

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan