Raja Kamarul Sah Pengerusi GHB Terengganu

Diterbitkan: Sabtu, 22 Ogos 2015 12:05 PM

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad akhirnya mendedahkan bahawa beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Gerakan Harapan Baru (GHB) negeri.

Pendedahan itu dibuat apabila Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu menyampaikan ucapan semasa pelancaran pergerakan itu di sini malam Jumaat.

Beliau kemudiannya mengakui perkara ini semasa sidang akhbar selepas majlis pelancaran di Dataran Shahbandar di sini.

"Semuanya jelas sekarang. Semua persoalan telah terjawab," katanya.

Raja Kamarul memberitahu pemberita bahawa sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat, penting bagi beliau untuk bersama GHB untuk berkhidmat kepada mereka selepas PAS Kuala Terengganu PAS memutuskan hubungan dengannya.

"Ini adalah masa depan. Buat masa ini adalah jalan ke hadapan," katanya.

Raja Kamarul menambah, sebaik sahaja GHB didaftarkan sebagai sebuah parti politik, beliau perlu berpisah dengan PAS.

"Pendirian saya adalah bersama GHB dan saya dengan rasa sedih perlu menamatkan keahlian PAS saya," katanya.
Tags / Kata Kunci: GHB , GHB Terengganu , Raja Kamarul

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan