Pelajar Di P.Pinang Jadi 'Mangsa Slogan'

Diterbitkan: Sabtu, 22 Ogos 2015 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Selepas beberapa minggu berkerja keras berlatih untuk perarakan Hari Kebangsaan, beribu-ribu pelajar sekolah di sini terperangkap dalam satu keadaan yang rumit.

Kerajaan Persekutuan telah mengarahkan pelajar sekolah untuk tidak mengambil bahagian dalam perarakan kerana Pulau Pinang telah memilih temanya sendiri untuk sambutan di peringkat negeri.

Tema yang dipilih kerajaan negeri adalah Bersih, Cekap, Amanah manakala slogan Kerajaan Persekutuan adalah Sehati, Sejiwa.

Pemilihan Pulau Pinang itu dilihat sebagai menyokong himpunan Bersih 4 yang dirancang pada 29 dan 30 Ogos di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

Pengarah Pendidikan negeri Datuk Osman Hussain mengeluarkan arahan pada Rabu, melarang sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan daripada menyertai sambutan itu, sementara menunggu arahan selanjutnya daripada Kementerian Pendidikan.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap  negeri Zulkafli Kamaruddin kecewa dengan arahan itu tetapi berkata, badan itu terpaksa menghormati keputusan yang dibuat.

"Ia akan menjadi satu pengalaman yang baik untuk ahli-ahli kita. Kita mempunyai seramai 12,000 ahli pengakap di sekolah-sekolah, " katanya.

Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan, ini menggesa kerajaan negeri untuk menggugurkan slogan.

"Walaupun 'Bersih' mempunyai maksud yang baik, ia mempunyai konotasi politik negatif  di Malaysia dan kita tidak mahu pengakap didedahkan dengan perkara ini," katanya.

Pengarah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Pulau Pinang Chow Thian Pow berkata kerajaan negeri masih belum menghantar jemputan rasmi untuk menyertai perarakan.

Tetapi kerana arahan itu, persatuan "perlu mendapatkan bantuan sukarelawan yang mempunyai sikap berkecuali untuk membentuk kontinjen mereka," kata beliau.

Timbalan Ketua Menteri II, Dr P. Ramasamy berkata pelajar dari 17 buah sekolah akan terjejas dengan arahan tersebut.

Beliau berkata tema itu telah diputuskan pada mesyuarat exco minggu lepas.

"Tolong jangan samakan slogan itu dengan Bersih 4. Bagi tempoh tujuh tahun lalu, kerajaan mempunyai tema yang berbeza dengan Kerajaan Persekutuan," katanya pada sidang akhbar, Jumaat.

Walau bagaimanapun, pemeriksaan di Internet menunjukkan bahawa kerajaan negeri hanya mula mempunyai tema tersendiri pada 2012.



Ia berlaku apabila Kerajaan Persekutuan memilih Janji Ditepati sebagai slogan, dan tema Sebangsa, Senegara, Sejiwa menjadi slogan alternatif oleh Pakatan Rakyat.

Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang dalam rangka lawatan kerja ke Hong Kong, menghantar mesej teks pada Jumaat menyatakan bahawa kerajaan akan berpegang kepada slogan Bersih, Cekap, Amanah.

"Setiausaha negeri akan memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan. Jika mereka masih mengharamkan, kami akan meneruskan," katanya melalui SMS.

Di Kedah, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata arahan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang akan kekal.

Beliau berkata hanya satu tema boleh digunakan di seluruh negara untuk sambutan Hari Kebangsaan.

"Kita adalah rakyat Malaysia. Kita tidak boleh bertelagah mengenai perkara ini.

"Mengikuti tema negara adalah yang terbaik," katanya kepada pemberita di Felda Lubuk Merbau, Padang Terap.

Sementara itu, beberapa pengetua sekolah berkata kumpulan pancaragam perarakan mereka masih mengadakan latihan.

"Trofi perarakan kemerdekaan untuk pancaragam terbaik sekolah-sekolah telah wujud selama hampir 10 tahun dan kami mahu memenanginya," kata seorang pengetua, tanpa mahu dikenali.

Seorang lagi yang turut meminta untuk tidak disebutkan namanya, melahirkan keraguan jika ibu bapa akan membenarkan anak-anak mereka untuk mengambil bahagian kerana sambutan itu telah dipolitikkan.

Tahun lepas perarakan di Pulau Pinang telah dicemari apabila lebih dari 150 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang telah ditangkap dan organisasi keselamatan itu diisytiharkan tidak sah.

Tags / Kata Kunci: Bersih , tema Hari Kebangsaan 2015

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan