LPT3 Bergantung Kemampuan Kerajaan - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 22 Ogos 2015 4:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sedang mengkaji dan meneliti projek pembinaan jajaran Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) yang menghubungkan Gemuruh, Terengganu ke Pengkalan Kubor di Kelantan.

Perdana Menteri, bagaimanapun, berkata kelulusan projek tersebut bergantung kepada kemampuan kerajaan pusat.

"Saya tahu bila orang balik raya sehingga 14 jam...jadi LPT3 ini perlu," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus, di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, di sini, Sabtu.

Dalam pada itu, berhubung gesaan kerajaan negeri untuk memohon sejumlah peratusan saham pengurusan LPT2 daripada syarikat konsesi, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Najib berkata kerajaan negeri boleh meneruskan rundingan dengan syarikat konsesi itu.

Kerajaan negeri Terengganu sebelum ini meminta 40 peratus saham LPT2 daripada syarikat konsesi tersebut yang mengambil alih pengurusan lebuh raya berkenaan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

LPT2 sepanjang 184 kilometer itu dibuka sepenuhnya pada 31 Dis tahun lepas, yang membolehkan perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, dipendekkan kepada empat jam berbanding enam jam sebelum ini.

Selain itu, pada majlis itu Najib meluluskan peruntukan RM3.5 juta bagi membina dewan masyarakat Tok Jiring serta menaiktaraf kemudahan Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jiring, SK Kompleks Wakaf Tembesu dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Wakaf Tembesu.

Dewan masyarakat itu mampu memuatkan sehingga 1,000 orang pada satu-satu masa.

Tags / Kata Kunci: LPT3 , Umno

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan