Kereta Promosi Himpunan Bersih Dirosakkan

Diterbitkan: Sabtu, 22 Ogos 2015 8:16 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah kereta klasik Volkswagen Beetle yang digunakan untuk mempromosikan perhimpunan Bersih 4.0 telah disimbah asid dan disembur cat merah.

Ahli jawatankuasa Bersih 2.0, Mandeep Singh mendakwa bahawa aktiviti vandalisme itu turut memancitkan dua tayarnya.

Mandeep berkata, beliau dan rakannya dari jawatankuasa Bersih, Wong Chin Huat dan Thomas Fann hanya menyedari mengenai perkara itu pada pagi Sabtu apabila mahu menggunakan kereta berkenaan untuk aktiviti promosi himpunan.

"Kami sepatutnya menggunakan kereta itu. Sekarang kereta tersebut di bengkel untuk diperbaiki," katanya.

Kereta milik Fann itu dirosakkan semasa ia dilettak di Taman Molek, Johor semasa jelajah mempromosikan Bersih di negara itu.

Gambar kereta itu menunjukkan catnya mengelupas kerana terkena asid manakala terdapat empat hurut yang merupakan perkataan lucah telah disemburkan pada kenderaan tersebut.

Mandeep berkata, Bersih masih akan menggunakan kereta itu untuk program jelajah mereka ke seluruh negara walaupun dengan "wajah baharu".

"Kami mahu tunjuk kepada orang ramai bahawa kami tidak gentar dengan ugutan seperti ini," katanya.

Pada masa ini, jawatankuasa tersebut akan menggunakan kereta klasik Mini Cooper berwarna kuning sebagai kenderaan rasmi mereka untuk program jelajah.

Fann berkata, pekerjanya telah membuat laporan polis di balai polis Taman Johor Jaya pada pagi Sabtu.

Bersih akan menganjurkan perhimpunannya yang keempat di Kuala Lumpur dan beberapa negeri pada 29 dan 30 Ogos walaupun dilarang oleh pihak polis untuk berbuat demikian.

Tags / Kata Kunci: Bersih , Bersih 2.0 , Bersih 4.0

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan