Jemaah Haji Perlu Patuh Arahan Kesihatan Kerajaan Arab Saudi

Diterbitkan: Sabtu, 22 Ogos 2015 4:13 PM

(Ubah saiz teks)

GUAR CHEMPEDAK: Jemaah haji Malaysia dinasihat supaya mematuhi arahan kerajaan Arab Saudi bagi mengelak timbul masalah berkaitan kesihatan sehingga boleh menjejaskan ibadah haji mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan Arab Saudi semalam telah mengumumkan masalah berkaitan penyakit MERS-CoV (Virus Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona).

Beliau berkata oleh itu para jemaah dari negara ini perlu mengambil perhatian mengenai perkara itu termasuk para pengendali rombongn haji dengan tidak membawa rombongan mereka ke tempat yang boleh menjejaskan kesihatan para jemaah.

"Jadi elakkan daripada pergi ke tempat-tempat larangan," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Multaqa Guru-guru Sekolah Pondok Zon Utara di sini, Sabtu.

Beliau berkata perjalanan jemaah haji Malaysia setakat ini berjalan lancar dengan urusan penerbangan juga tidak menghadapi sebarang masalah.

Pada majlis itu, Jamil Khir menyampai bantuan kepada 14 sekolah pondok di Kedah sebanyak RM3,216,000, sembilan sekolah pondok di Perak (RM1,930,000) dan enam sekolah pondok di Pulau Pinang (RM1,335,000).

Beliau berkata agihan itu datang dari peruntukan sebanyak RM25juta kepada sekolah pondok yang dibentangkan menerusi Bajet 2015.

Tags / Kata Kunci: Jemaah haji , Arab Saudi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan