Jangan Mudah Percaya Isu Berkaitan Produk Halal Di Media Sosial

Diterbitkan: Sabtu, 22 Ogos 2015 2:11 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jangan mudah percaya isu membabitkan produk halal yang tersebar di media sosial kerana ada isu lama yang telah selesai dibangkitkan semula, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.


Beliau berkata pengguna sebaliknya perlu terus membuat aduan kepada Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) jika terdapat sebarang keraguan mengenai status halal atau kebersihan sesuatu produk.


"Kita tak mahu maklumat 'separuh masak' yang kita tak tahu hujung pangkalnya, kerana hari ini apa yang berlegar di media sosial tidak semestinya betul, ada gambar yang berlaku 10 tahun dahulu masih berlegar hari ini.


"Sebab itu, kita mesti berhati-hati dalam menyebarkan maklumat yang akhirnya boleh menimbulkan keresahan kepada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Yakini Halal Malaysia dan Halal Fun Ride, di sini Sabtu.

Acara berbasikal itu yang dianjurkan bagi menyebarkan maklumat mengenai halal kepada orang ramai disertai lebih 3,500 peserta pelbagai peringkat umur dari dalam dan luar negara antaranya Thailand dan Filipina.

Asyraf Wajdi berkata penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak mencukupi, sebaliknya penglibatan anggota masyarakat turut diperlukan dalam memastikan isu berkaitan produk halal terus sampai kepada perhatian Jakim.


Sementara itu, Pengarah Bahagian Hab Halal Hakimah Mohd Yusoff berkata pada tahun ini bahagian itu menerima lebih 100 aduan membabitkan pelbagai isu termasuk kebersihan produk.

"Biasanya kita akan menyiasat dalam tempoh 24 selepas aduan diterima atau paling lambat dalam tempoh dua hari selain membuat pemantauan berkala tanpa notis bagi memastikan pengeluar mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya.

Tambahnya sebarang aduan berkaitan isu halal boleh disalurkan terus kepada Bahagian Hab Halal Jakim melalui talian 03-88925000 atau melalui laman web www.halal.gov.my.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan