Jangan Khianat Antara Formula '5K' Kejayaan Umno - PM

Diterbitkan: Sabtu, 22 Ogos 2015 2:41 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bergambar bersama ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Nerus di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Anggota Umno diminta tidak mengkhianati parti dan tidak mementingkan diri sendiri jika mahu parti menang selesa pada pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara itu antara formula '5K' yang digariskan Presiden Umno dalam memastikan parti dapat mengharungi pelbagai cabaran ketika ini.

"K pertama ialah khianat...kalau nak menang selesa...jangan khianat parti, jangan cah keting, kutuk atau condemn parti.

"Saya harap perkara seperti ini kita tinggalkan," kata Najib yang juga Perdana Menteri sambil menambah komitmen baharu itu perlu untuk mengukuhkan lagi parti.

Beliau berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuala Nerus di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus.

Merujuk kepada 'kapal' sebagai 'K' kedua, Najib menekankan pentingnya  anggota parti tidak bersikap mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menebuk kapal sendiri, iaitu parti Umno.

"Jangan ada yang sanggup korek kapal sendiri sehingga orang lain mati lemas...nanti bila PRU kita kalah," katanya.

Memperkatakan tentang kisah lama pelayaran Ferdinand Magellan dan pembantunya panglima Awang mengelilingi dunia, Najib berkata beliau yakin kejayaan misi mereka terletak kepada persefahaman antara kedua-duanya.

"Saya percaya Magellan dan Awang pun ada berbalah, tetapi anak kapal tak dapat hidu, jadi akhirnya mereka berjaya mencapai misi.

"Begitu juga dalam Umno. Perbezaan pendapat itu pasti ada tapi kita harus jaga adab, jangan sampai mengaibkan orang lain, baru Umno boleh berjaya," jelasnya.

Mengulas tentang 'K' seterusnya, Najib berkata kerja kuat dalam kalangan anggota Umno dan bergerak sebagai satu pasukan merupakan faktor penting, selain memastikan wujud jalinan kerjasama erat - 'K' keempat - antara kerajaan pusat dan negeri.

"Semangat setiakawan itu perlu sentiasa ada, senang susah kita kena saling bantu membantu," katanya yang secara berseloroh mengakui "tidak menyedari" telah meluluskan kira-kira RM3 bilion kepada Terengganu untuk membiayai pelbagai projek pembangunan di negeri ini.

Kata Najib, elemen terakhir merujuk kepada kompetensi anggota parti, khususnya yang mahu diletakkan sebagai calon parti.

"Jika nak ketengahkan orang (sebagai calon pilihan raya), mesti yang ada kompetensi atau kebolehan.

"Ini antara 'K' yang kita boleh pakai dan jika diamalkan saya yakin Umno boleh berjaya," katanya.

Najib berkata walaupun Umno diakui sebagai parti terkuat dan banyak jasanya di negara ini, namun ia tetap berdepan dugaan.

Atas faktor itu, katanya, setiap anggota Umno perlu memperkuatkan iltizam dan semangat untuk mendokong perjuangan parti walau dalam apa jua keadaan.

"Selepas badai mungkin ada pelangi," katanya dengan disambut tepukan anggota perwakilan yang hadir.


iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan