Derma Dan Pelaburan Bukan Perkara Sama, Azmin Beritahu Rahman Dahlan

Diterbitkan: Sabtu, 22 Ogos 2015 4:58 PM

azmin

Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mohamed Azmin Ali membidas Datuk Abdul Rahman Dahlan kerana tidak dapat membezakan antara derma dan pelaburan.

Menteri Besar Selangor berkata, terdapat perbezaan antara sejumlah RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang ditubuhkan bagi menguruskan pelaburan Selangor.

"RM2.6 bilion adalah derma. Ini (DEIG) adalah pelaburan. Jika beliau tidak faham mengenainya, jangan tanya saya... pergi tanya beliau sekali lagi," katanya ketika ditemui selepas melancarkan rumah mampu milik Rumah Selangorku di Pusat Konvensyen Setia City di sini, Sabtu.

Azmin bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Pada Jumaat dilaporkan bahawa Abdul Rahman mahu Azmin bersikap telus mengenai isu DEIG dan memberi penjelasan secepat mungkin.

Abdul Rahman yang merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluahkan kebimbangannya mengenai aset negeri yang dianggarkan bernilai antara RM20 bilion dan RM30 bilion akan dipindahkan ke DEIG, yang lebih banyak daripada RM2.6 bilion, didakwa dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , DEIG , Abdul Rahman Dahlan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan