Diskaun 30 peratus Bagi Pengguna Bas Dari Seremban, Klang, Rawang Ke KL

Diterbitkan: Jumaat, 21 Ogos 2015 8:56 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna-pengguna bas yang menetap di sekitar Seremban, Klang dan Rawang tetapi bekerja di Kuala Lumpur akan menerima diskaun tambang sebanyak 30 peratus mulai 1 September ini.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata, pemberian diskaun itu merupakan inisiatif kerajaan bagi meringankan beban rakyat dengan mengurangkan perbelanjaan kos sara hidup mereka.

Diskaun itu diberikan bagi perkhidmatan bas di laluan Seremban-Kuala Lumpur, Klang-Kuala Lumpur dan Rawang-Kuala Lumpur serta laluan Bus Expressway Transit 5 dan 6 (BET).

"Ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada pengguna yang tinggal di pinggir bandar dan bekerja di Kuala Lumpur malah, secara tidak langsung akan menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam dan membantunya menjadi mod pilihan mereka," kata SPAD dalam kenyataan di sini, Khamis.

Inisiatif itu menawarkan tambang bulanan dengan kadar diskaun melalui pembelian pas bulanan di kaunter-kaunter pengendali bas berkenaan.

Dengan pemberian diskaun itu, pas bulanan bagi laluan Seremban-Kuala Lumpur berharga RM185 (sebelum ini RM264), laluan Klang-Kuala Lumpur berharga RM91 (sebelum ini RM130) dan laluan Rawang-Kuala Lumpur berharga RM73 (sebelum ini RM104).

Bagi BET 5 laluan Bandar Tasik Puteri-Country Home-Kuala Lumpur dan BET 6 Bukit Beruntung-Kuala Lumpur, pas bulanan berkenaan berharga RM127 berbanding RM182 sebelum ini.

Menurut SPAD, pengguna perlu mengisi borang permohonan untuk menikmati diskaun itu sebelum membeli pas bulanan berkenaan.

Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web SPAD atau diperoleh dari kaunter tiket pengendali bas terlibat.

Orang ramai boleh melayari www.spad.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran itu.

Tags / Kata Kunci: SPAD

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan