Gajah Ancam Penduduk Kampung Ditangkap

Diterbitkan: Jumaat, 21 Ogos 2015 6:59 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor gajah betina dewasa yang dipercayai memusnahkan tanaman penduduk di Kampung Jeram Linang di sini, Rabu lepas.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohammad Khairi Ahmad berkata gajah itu ditangkap kira-kira 200 meter dari jalan utama kampung itu oleh enam anggota Unit Tangkapan Gajah Perhilitan Kota Baharu dan Kuala Krai pada pukul 4 petang.

"Gajah berkenaan kini ditambat dan diawasi anggota Perhilitan sementara menunggu wakil Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang tiba untuk dipindahkan ke kawasan selamat dan jauh dari penempatan penduduk," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Mohammad Khairi berkata pihaknya akan terus memantau pergerakan gajah lain yang berada di kawasan hutan berdekatan daripada menghampiri kampung berkenaan.

Sejak sebulan lepas, penduduk di kawasan itu mendakwa sekumpulan kira-kira lapan gajah liar dari kawasan Hutan Simpan Ulu Sat bersempadan antara Pasir Puteh dan Machang, memusnahkan tanaman kontan seperti tebu dan pisang.

Tags / Kata Kunci: Perhilitan , Gajah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan