"Terima Kasih Kerana Letak Jawatan PAS" - GHB

Diterbitkan: Jumaat, 21 Ogos 2015 1:12 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tindakan kepimpinan PAS pelbagai peringkat meletak jawatan bagi menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) adalah bukti kesungguhan untuk membentuk kembali pakatan pembangkang yang sudah berpecah.

Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, parti politik baharu yang digerakkan itu akan memastikan hasrat penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 bagi menentang Barisan Nasional (BN) menjadi kenyataan.

“Syabas dan tahniah khususnya kepada semua peribadi dan aktivis yang bersedia meletakkan jawatan dalam parti lama mereka.

"Meskipun belum didaftarkan, individu-individu ini bertekad melepaskan jawatan dan mula memberi fokas kepada pengurusan serta perjuangan parti baharu yang bakal dilancarkan akhir Ogos ini,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Dzulkefly yang juga bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengakui GHB kini dianggotai bekas dan pemimpin PAS yang berpengalaman menguruskan parti di pelbagai peringkat.

"Mereka ini yang bergandingan dengan pimpinan NGO-NGO lain, yang bertekad untuk bersama menubuhkan parti baru nanti, adalah tunggak penting yang berpengalaman.

“Matlamatnya ialah bagi menjayakan serta melangsungkan cita-cita murni menampilkan tawaran politik Islam yang bersifat inklusif dan sejagat merentasi kaum, agama dan budaya,” katanya.

Sejak awal minggu ini langkah meletak jawatan oleh kepimpinan PAS kawasan khususnya di Selangor dilihat semakin agresif.

Ia membabitkan PAS Kawasan Kota Raja, Shah Alam, Kapar dan Hulu Langat.




Tags / Kata Kunci: GHB , Pakatan Rakyat 2.0 , Dzulkefly Ahmad

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan