Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Larang Sekolah Terlibat Hari Kebangsaan Kerajaan Negeri

Diterbitkan: Jumaat, 21 Ogos 2015 3:18 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan di negeri ini dilarang terlibat dalam sambutan Hari Kebangsaan 2015 anjuran kerajaan DAP Pulau Pinang.

Pekeliling mengenai larangan itu dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Khamis.

Pengarah Pendidikan negeri Datuk Osman Hussain berkata, pihaknya terpaksa mengeluarkan surat itu kerana kerajaan DAP Pulau Pinang menggunakan tema sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang berbeza dengan kerajaan Persekutuan.

"Tema 'Bersih' yang diguna pakai kerajaan negeri adalah sensitif dan berunsur politik jadi kami terpaksa melarang penglibatan sekolah-sekolah di negeri ini.

"Mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), kami perlu memohon kebenaran daripada kerajaan persekutuan untuk penglibatan sekolah-sekolah dalam sambutan itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Osman berkata sehubungan itu sekolah-sekolah di Pulau Pinang kini dilarang melibatkan diri dalam sambutan itu sehingga mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan.

Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dalam Pekeliling kepada semua sekolah di negeri ini mengarahkan semua sekolah tidak menyertai sebarang sambutan dan perarakan Hari Kebangsaan 2015 anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada pihak Kementerian Pendidikan.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada Jun lepas memilih 'Sehati Sejiwa' sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2015 tahun ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy ketika dihubungi berkata tema sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat Pulau Pinang tahun ini ialah 'Bersih, Cekap dan Amanah'.

Beliau yang enggan mengulas lanjut hanya memberitahu bahawa itu adalah tema yang ditentukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.-- Bernama


iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan