GHB 'Rekrut' Pemuda PAS Hulu Langat

Diterbitkan: Jumaat, 21 Ogos 2015 11:52 AM

ghb
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kebangkitan Gerakan Harapan Baru (GHB) di Selangor dilihat semakin agresif apabila lebih ramai pemimpin peringkat Kawasan PAS meletak jawatan.

Terbaharu, 10 Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat termasuk ketuanya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan masing-masing bagi menyertai GHB.

Bekas Ketua Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat, Mohd Burhanuddin Othman berkata, tindakan beliau dan sembilan yang lain berbuat demikian selari dengan keputusan pemilihan PAS sebelum ini yang menyaksikan seluruh pemimpin progresif dalam parti itu disingkirkan.

"Kami berpendirian ini adalah penyelesaian dan jalan keluar terbaik kepada konflik yang berlaku khususnya kesan daripada kempen agresif sebelum Muktamar baru-baru ini.

"Kami juga mengharapkan ukhuwwah sesama sahabat di dalam PAS berkekalan, walaupun kita berbeza pandangan dan pendekatan,” katanya.

Pada 11 Ogos lalu, seramai 13 AJK Pemuda PAS Kawasan Shah Alam diketuai bekas naib ketuanya melepaskan jawatan bagi menyertai GHB yang bakal menubuhkan sebuah parti baharu yang dikenali sebagai ‘Amanah’.

Susulan itu pada 19 Ogos lalu, seluruh kepimpinan tertinggi PAS Kawasan Kota Raja diketuai bekas Yang Dipertuanya (YDP), Jaafar Shamsuddin; bekas Timbalan YDP, Norhalim Sirom dan bekas Naib YDP, Dr Siti Mariah Mahmud meletak jawatan.

Mengikut jejak langkah mereka ialah 14 AJK membabitkan sembilan ketua cawangan dan AJK cawangan masing-masing.

Turut mengambil lalngkah sama ialah 18 AJK PAS Kawasan Shah Alam termasuk bekas YDP, Azli Yusof; bekas Timbalan YDP, Zulkifli Mohd Nani; Naib Naib YDP, Mohamad Jamil Abd Rahim; dan Ketua Pemuda, Helmi Radzuan.


Tags / Kata Kunci: Pemuda PAS Hulu Langat , GHB

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan