Belia Cina Digalak Sertai TLDM - Pemuda MCA

Diterbitkan: Jumaat, 21 Ogos 2015 12:05 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Belia kaum Cina digesa menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi meningkatkan peratusan kaum berkenaan dalam pasukan tersebut yang masih rendah pada masa ini.

Ketua Pemuda MCA Choong Sin Woon berkata lebih banyak belia kaum itu perlu menyertai pasukan tersebut, bukan sahaja sebagai sumber pendapatan semata-mata, malah bagi menunjukkan sikap patriotisme untuk bersama-sama menjaga keamanan negara.

Beliau berkata selain masa depan yang cerah, kerjaya itu juga menjanjikan banyak kelebihan antaranya peluang untuk menerokai dunia luar.

"Kekuatan tentera laut pada masa ini sebanyak 15,208 orang dan daripada jumlah itu, hanya 50 orang atau 0.003 peratus terdiri daripada kaum Cina. Jumlah ini sangat rendah, tidak sampai 0.1 peratus.

"Bagi peringkat pegawai pula, daripada 2,338 orang secara keseluruhan, hanya 57 daripadanya masyarakat Cina iaitu 20 peratus," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ia bukan sahaja tentang gaji, tetapi satu tanggungjawab membanggakan untuk mempertahankan kedaulatan negara memandangkan Malaysia memiliki pantai yang panjang, kata Choong.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi dan Peperangan TLDM, Kapten Chan Peng Cheong berkata TLDM sedang merekrut anggota bagi pangkat Laskar Muda, untuk mereka yang berumur 18 hingga 23 tahun.

Katanya Laskar Muda dengan sekurang-kurangnya kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal menikmati gaji bulanan termasuk elaun berjumlah RM1,752 sebulan.

Beliau yang mula menyertai TLDM pada usia 18 tahun, berkata kerjaya TLDM  tetap menjanjikan pendapatan lumayan.

"Saya sudah 16 tahun berkhidmat dengan TLDM. Saya kini seorang Kapten yang menikmati gaji bulanan sebanyak RM8,700 sebulan. Namun bukan itu yang dikejarkan, tetapi lebih kepada semangat untuk mempertahankan negara," katanya.

Kempen 'Join The Navy, See The World' sedang berjalan di seluruh negara dengan proses pemilihan bermula 12 Ogos lepas di Johor, Melaka, Seremban, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Cawangan Pengurusan Sumber Manusia-Markas Tentera Laut, Wisma Pertahanan di talian 03-20713177.

Tags / Kata Kunci: MCA , TLDM

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan