Badan Baharu Pantau PPR - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 21 Ogos 2015 8:33 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian kemudahan pinjaman penyambung berjumlah RM3 bilion antara Ketua Pegawai Eksekutif Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Datuk Abdul Mutalib Alias dengan Ketua Perbankan Global Kumpulan Maybank, Amirul Feisal Wan Zahir di Bangunan Perdana Putra pada Jumaat. Turut hadir Pengerusi Maybank Islamic, Ismail Shahudin (tiga, kanan) dan Ketua Pegawai Kewangan PR1MA, Hasleen Isnin (kanan). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara (3PAN) bagi memantau proses pembinaan dan penyelenggaran Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Beliau berkata 3PAN yang akan berkuat kuasa serta-merta, akan mengambil dan menggantikan fungsi majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT), yang menghadapi kekangan kewangan untuk mengurus dan menyelenggara rumah-rumah tersebut.

Najib berkata penubuhan 3PAN merupakan antara perkara diputuskan pada Mesyuarat Majlis Perumahan Negara Siri 3 yang dipengerusikan beliau di sini hari ini, bagi membincangkan status pelaksanaan Satu Juta Rumah Mampu Milik.

"Melalui kaedah baharu ini, kerajaan yakin 3PAN akan mengendalikan Projek Perumahan Rakyat dengan lebih baik dan sempurna termasuk juga penambahbaikan yang boleh dilakukan dan sekiranya perlu untuk pembangunan semula kawasan atau projek itu," katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapannya selepas menyaksikan perjanjian kemudahan pinjaman penyambung berjumlah RM3 bilion antara Perbadanan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Maybank di sini, Jumaat.

Perjanjian itu akan membiayai sebahagian daripada kos pembangunan projek kediaman dan komersial di bawah program PR1MA Homes.

Dalam pada itu, Najib berkata pelaksanaan Satu Juta Rumah Mampu Milik yang diumumkan pada 2013 telah mencapai sasaran, dengan 194,456 atau 17.1 peratus unit telah disiap antara tempoh Januari 2013 hingga Jun tahun ini.

Beliau berkata 178,922 unit (15.7 peratus) sedang dibina manakala 349,631 unit (30.7 peratus) dalam pelbagai peringkat, bagi tempoh yang sama.

Najib berkata mesyuarat hari ini juga mempersetujui untuk melaksanakan peraturan atau kaedah baharu berhubung Skim MYhome Rumah Mampu Milik Swasta.

"Kerajaan akan sediakan pendahuluan pemberian subsidi dengan syarat pemaju sediakan jaminan bon kepada kerajaan. Pada masa sekarang, subsidi kerajaan diberikan selepas projek disiap dan ditandatangani pembelian.

"Oleh itu, sekarang peraturan baharu ini akan memberikan faedah kepada pembeli dan pemaju di bawah Skim MYHome ini," katanya.

Najib berkata mesyuarat itu juga menetapkan mekanisme pelepasan unit rumah kuota Bumiputera, yang sebelum ini diberi tempoh selama enam bulan sebelum dilepaskan ke pasaran, akan ditambah dengan tiga bulan lagi.

Beliau berkata mekanisme pelepasan kuota Bumiputera merupakan amalan peringkat negeri sekiranya gagal mendapatkan pembeli Bumiputera, maka unit-unit rumah yang disediakan akan dilepaskan kepada orang lain.

"Oleh itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan boleh berusaha untuk mendapatkan pembeli-pembeli Bumiputera. Saya difahamkan peringkat negeri seperti Kelantan, tempoh dua tahun, dan sekarang ditambah tiga bulan lagi untuk usaha mendapatkan pembeli Bumiputera," katanya.

Mengenai mesyuarat Majlis Perumahan Negara bersama Ketua-Ketua Menteri dan Menteri-Menteri Besar, Najib berkata ia bertujuan untuk mendapatkan kerjasama yang erat dengan pihak kerajaan negeri dalam mencari jalan penyelesaian terbaik bagi penyediaan rumah kepada kumpulan sasar.

Tags / Kata Kunci: PPR , 3PAN , Najib Tun Razak

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan