Adun BN Selangor Kaji Fail Semakan Kehakiman Batal Tubuh DEIG

Diterbitkan: Jumaat, 21 Ogos 2015 3:05 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Selangor sedang mengkaji kemungkinan memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan penubuhan entiti baru Darul Ehsan Investment Group (DEIG), yang akan menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Setiausaha Adun BN Selangor, Budiman Mohd Zohdi berkata pihaknya akan bertindak sedemikian jika perlu kerana DEIG yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1967 pada Disember tahun lepas tidak memerlukannya diaudit dan melaporkan prestasi serta kewangan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN). 

"Mengapa DEIG perlu ditubuh di bawah Akta Syarikat 1967 dan diletakkan di bawah MBI.

"Perbezaan ini akan menjadikan DEIG sebagai sebuah syarikat yang seakan-akan 'invisible' yang mana akaun syarikat tidak memerlukan ia diaudit dan diserahkan laporan kedudukan kewangan termasuk aktiviti mereka kepada kerajaan negeri," katanya pada majlis penerangan khas isu DEIG di Bangunan Umno Selangor di sini Khamis malam.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sebelum ini dilapor berkata DEIG ditubuhkan untuk memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata. 

Beliau berkata entiti yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI itu juga dibangunkan bagi mengurangkan impak serta risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri. 

Budiman yang juga Adun Sungai Panjang berkata penubuhan DEIG secara langsung dilihat akan mengurangkan peranan utama MBI dalam tanggungjawab tadbir urus harta dan aktiviti berunsurkan perniagaan di luar bidang kuasa kerajaan negeri.

"Sepatutnya, kerajaan negeri memperkukuh dan memperkasakan 'vehicle' sedia ada (MBI) dalam soal pengurusan pelaburan," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga sedang meneliti cadangan untuk menghantar satu memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam masa terdekat berhubung isu DEIG itu.

Penubuhan entiti tersebut turut menimbulkan kontroversi apabila sebuah protal berita pada Rabu melaporkan bahawa kira-kira RM30 bilion nilai aset yang sebelum ini diuruskan oleh MBI dipercayai diletakkan di bawah DEIG yang merupakan sebuah syarikat pengurusan risiko pelaburan bernilai RM2.

Laporan itu yang merujuk kepada rekod terkini Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menunjukkan kedua-dua saham DEIG bernilai RM1 didakwa dipegang oleh dua individu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminuddin. 

Pegangan saham itu dilihat bertentangan dengan struktur pegangan yang dipaparkan di laman web DEIG yang menunjukkan DEIG merupakan 100 peratus milik penuh MBI Selangor.

Mengulas mengenai dakwaan itu semalam, Mohamed Azmin mengakui bahawa dua individu yang dikaitkan dengan pendaftaran DEIG merupakan pemilik asal syarikat itu sebelum ia diserahkan kepada MBI. 

Menteri besar dilaporkan berkata proses itu merupakan satu amalan biasa dalam pembentukan syarikat dan menyatakan kedua-dua indvidu terbabit berperanan dalam saham promoter yang mana ia turut dibenarkan dalam undang-undang.  -- Bernama

Tags / Kata Kunci: BN Selangor , DEIG , Budiman Mohd Zohdi

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan