Kerajaan Beri RM10,000 Kepada Keluarga Mangsa Maut Letupan Bom Bangkok

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 7:25 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada setiap anggota keluarga mangsa yang maut dalam insiden letupan bom di Bangkok pada Isnin lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong berkata, sumbangan itu adalah bagi membantu keluarga mangsa dalam urusan pengebumian.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya insiden ini...tindakan keganasan. Keluarga ini amat malang. Kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa," katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas, dekat sini Rabu malam.

Mayat Lim Siew Gaik, 49; menantu lelakinya Lee Tze Siang, 33; anak lelakinya Neoh Jai Jun, 20; dan cucu perempuannya Lee Jing Xuan, 4, yang diterbangkan dari Bangkok dengan pesawat Thai Airways TG 425, tiba di LTAPP pada 11 malam.

Turut kelihatan mengiringi kesemua mayat itu ialah anak perempuan Siew Gaik, Neoh Yee Ling, 33, yang terselamat dalam kejadian itu, serta lebih 20 anggota keluarga lain yang menunggu di Kompleks Kargo LTAPP.

Yang turut kelihatan di LTAPP ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan barisan kepimpinan Barisan Nasional negeri.

Suami Siew Gaik, Neoh Hock Guan, 55, yang turut terselamat dalam kejadian itu tiba di rumahnya di Taman Dedap, Butterworth kira-kira 5.30 petang.

Mengulas lanjut, Mah berkata, kerajaan juga bersedia menawarkan bantuan lain yang diperlukan oleh keluarga mangsa.

Sementara itu, Chew berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat turut bersedia untuk membantu dan menawarkan perkhidmatan kaunseling kepada anggota keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

"Saya telah berjumpa dengan keluarga mangsa. Saya diberitahu bapa dan kakak mangsa memerlukan perkhidmatan kesihatan. Kita akan membuat tindakan susulan bagaimana kita boleh bantu," katanya.

Dalam kejadian letupan bom di persimpangan Ratchaprasong berdekatan Kuil Erawan dan pusat membeli-belah di Bangkok pada 7 malam (8 malam waktu Malaysia) Isnin lepas, empat rakyat Malaysia terkorban dan tiga lagi cedera.

Mereka antara 20 orang maut dan 123 yang cedera akibat letupan bom itu, satu daripada kes keganasan paling buruk di Bangkok dalam tempoh beberapa bulan lepas.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan