Kerajaan Sokong Kebebasan BNM Urus Dasar Monetari Negara - PM

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 2:36 PM

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media mengenai ekonomi dan pasaran kewangan di Bangunan Perdana Putra hari ini. Najib berkata kerajaan tidak akan melaksanakan kawalan modal atau menambat ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (US).

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan akan tetap menyokong kebebasan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mengurus dasar monetari negara, di samping lain-lain tanggungjawab yang diadatkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis.

Beliau berkata kerajaan Malaysia juga komited dalam meneruskan langkah-langkah pembaharuan dan pengukuhan kedudukan fiskal, termasuk meneruskan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan pengurangan defisit fiskal secara berperingkat ke arah mencapai bajet seimbang menjelang 2020.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan tidak akan memperkenal kawalan modal atau tambatan ringgit memandangkan asas ekonomi negara yang kukuh dan persekitaran yang berbeza berbanding semasa krisis kewangan Asia pada 1997-1998.

"Sudah menjadi tanggungjawab BNM untuk menguruskan dasar monetari negara.

Sehubungan itu, kerajaan tetap menyokong kebebasan BNM tersebut di samping lain-lain tanggungjawab yang dimandatkan," katanya pada sidang media di Perdana Putra di sini.

Najib berkata kerajaan telah memantau dengan teliti perkembangan terkini pasaran kewangan, termasuk pergerakan mata wang, dan jemaah menteri dan Majlis Ekonomi telah membincangkan secara terperinci mengenai perkara tersebut.

Katanya Gabenor BNM Tan Sri Zeti Akhtar Aziz juga telah memberikan taklimat khas kepada Majlis Ekonomi pada 17 Ogos dan Jemaah Menteri pada 19 Ogos manakala semalam, beliau mengadakan perbincangan dengan pakar ekonomi dan penganalisis dari dalam dan luar negara untuk mendapatkan penilaian mengenai situasi ekonomi dan pasaran kewangan.

Najib berkata susulan perbincangan tersebut, kerajaan mengambil ketetapan bahawa asas ekonomi negara kekal kukuh seperti yang dicerminkan dalam pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.9 peratus pada suku kedua 2015 yang diumumkan minggu lepas.

Katanya struktur ekonomi terus kukuh didokong sektor perkhidmatan dan pembuatan yang menyumbang 76.6 peratus kepada KDNK sungguhpun sektor-sektor perlombongan termasuk minyak dan gas serta pertanian berkurang kepada 17.9 peratus daripada KDNK.

"Struktur ekonomi yang kini dipelbagaikan telah mengurangkan pergantungan hasil kerajaan ke atas minyak dan gas," katanya.

Beliau berkata langkah kepelbagaian ekonomi tersebut membolehkan hasil berkaitan minyak dikurangkan daripada 41 peratus pada tahun 2009 ke pada bawah paras 30 peratus pada tahun lepas.

"Dalam hal ini, kerajaan akan meneruskan program transformasi ekonomi bagi mengukuhkan struktur dan kepelbagaian ekonomi," katanya.

Najib berkata keadaan pasaran buruh di negara ini kekal stabil dengan kadar pengangguran rendah 3.1 peratus pada Mei 2015, dan kadar inflasi kekal pada paras yang rendah.

"Daya tahan sistem kewangan kekal utuh. Pasaran kewangan domestik terus berfungsi dengan teratur dan aktiviti pengantaraan kewangan terus berfungsi dengan cekap, memenuhi keperluan kewangan dan pembiayaan ekonomi dalam negara," katanya.

Mengenai maklum balas sektor swasta ke atas kedudukan ekonomi Malaysia, Najib berkata mereka memahami dasar dan pendekatan mesra pasaran yang dilaksanakan oleh kerajaan.

"Pada asasnya mereka senang dengan dasar ini, dan mereka juga menyedari bahawa faktor luar banyak menjejaskan ringgit," katanya.

Ditanya sama ada ketidaktentuan pergerakan Ringgit menjejaskan pelaburan ke Malaysia, Najib berkata pelaburan masih kukuh.

"Kita harap mereka (pelabur) dapat melihat kepada jangka masa pendek dan panjang di mana pengukuhan ekonomi, penyepaduan fiskal, bajet seimbang dan pembaharuan, akan memastikan kesan ekonomi yang lebih mantap," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: BNM , GST , Perdana Menteri

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan