Hanya Singkir Najib, BN Perlu Kekal - Tun M

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 9:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad terus memberi tekanan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak disingkirkan daripada kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Kali ini bekas Perdana Menteri itu memberi formula kepada pembangkang sekiranya mereka mahu melihat usaha menjatuhkan Najib menjadi kenyataan menerusi undi tidak percaya di Parlimen.

Bagaimanapun tegas Dr Mahathir, formula berkenaan hanya akan berhasil jika ia tidak menggugat penguasaan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan.

"Jika pembangkang benar-benar berminat untuk menyingkirkan Najib, mereka hanya boleh berbuat demikian sekiranya dapat pastikan hanya Najib yang pergi, namun kerajaan BN terus kekal dan dipimpin pemimpin lain.

"Pembangkang perlu mencari formula yang bakal menyaksikan BN tanpa Najib namun masih membentuk kerajaan jika mereka mahu mendapat sokongan Ahli Parlimen BN," katanya menerusi posting terbaharu di blog chedet.cc pada Khamis.

Tambah Dr Mahathir, beliau yakin terdapat sebilangan Ahli Parlimen daripada Umno yang mahu melihat Najib digugurkan daripada kerajaan.

"Mereka tidak percaya penjelasan yang tak masuk akal mengenai kehilangan wang 1MDB atau RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun peribadi Najib.

"Ahli Parlimen ini boleh mengundi bersama-sama pembangkang dalam undi tidak percaya," katanya.

Kata Dr Mahathir lagi, undi tidak percaya terhadap Najib diperlukan pada masa ini kerana beliau membuatkan Ahli Parlimeb BN terhutang budi padanya dengan jawatan mewah dalam kerajaan.

"Mereka yang datang kepada saya mengadu tentang pentadbiran Najib sebelum ini telah berubah pendirian apabila diberi jawatan dalam kerajaannya.

"Salah seorang daripada mereka yang mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk dokumen mengenai salah laku Najib, kini dengan senang hati menyokong beliau setelah diberi jawatan sebagai menteri," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan