Pengguna Media Sosial Cadang Nama Anak Panda

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kelahiran bayi panda gergasi di Zoo Negara pada Selasa mencetuskan fenomena di media sosial.

Selain daripada mesej ucapan tahniah, seorang pengguna Twitter @DayangLeen menulis:  "Oleh kerana begitu banyak berita negatif (sejak akhir-akhir ini) ini mungkin menjadi salah satu berita yang baik selepas apa yang berlaku".

Selain itu ramai pengguna media sosial Malaysia juga mengambil kesempatan untuk mencadangkan nama kepada anak panda berkenaan.

Salah satu nama yang paling banyak dicadangkan ialah 'Merdeka' - sesuai dengan tarikh anak panda gergasi itu dilahirkan iaitu pada bulan Ogos.

"Merdeka," demikian cadangan pengguna Facebook, Vijyah Balakrishnan.

"Merdeka, memandangkan ia lahir dekat dengan tarikh ulang tahun kemerdekaan," katanya lagi.

"Merdeka akan sentiasa dikenang pada hari istimewa ini di dalam hati kita," kata pengguna lain, Aubrey Tan How.

Nama lain yang dicadangkan termasuk 'Xiang Liang' oleh pengguna, Boon Teik Chew.

Katanya 'Xiang Liang' bermaksud gembira.

Tags / Kata Kunci: Anak Panda , Liang Liang

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan