Letupan Bangkok: Mayat Empat Rakyat Malaysia Tiba Di Pulau Pinang

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 12:41 AM

Ahli keluarga mangsa letupan bom Bangkok, Thailand, memasuki kawasan MasKargo Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada Rabu malam. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mayat empat rakyat Malaysia yang terkorban dalam letupan bom di pusat bandar Bangkok Isnin lepas, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas dekat sini, Rabu malam.

Mayat Lim Siew Gaik, 49; menantu lelakinya Lee Tze Siang, 33; anak lelakinya Neoh Jai Jun, 20; dan cucu perempuannya Lee Jing Xuan, 4, yang diterbangkan dari Bangkok dengan pesawat Thai Airways TG 425, tiba di LTAPP pada 11 malam.

Turut kelihatan mengiringi kesemua mayat itu ialah anak perempuan Siew Gaik, Neoh Yee Ling, 33, yang terselamat dalam kejadian itu, serta lebih 20 anggota keluarga lain yang menunggu di Kompleks Kargo LTAPP sejak 9 malam tadi.

Turut hadir di LTAPP ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir serta barisan kepimpinan Barisan Nasional negeri.

Suami Siew Gaik, Neoh Hock Guan, 55, yang turut terselamat dalam kejadian itu, tiba di rumahnya di Taman Dedap, Butterworth kira-kira 5.30 petang tadi.

Suasana suram menyelubungi Kompleks Kargo LTAPP apabila anggota keluarga dilihat menitiskan air dan cuba mengelak pemberita dan jurugambar yang menunggu di pekarangan kompleks berkenaan.

Usaha pemberita untuk menemubual anggota keluarga mangsa gagal apabila mereka bergegas meninggalkan lapangan terbang itu.

Kesemua mangsa adalah daripada satu keluarga yang bercuti di Bangkok dalam kumpulan tujuh orang.

Difahamkan kesemua mayat akan dibawa ke Hospital Pulau Pinang, sebelum dibawa pulang ke rumah mangsa di Taman Dedap, Butterworth dan Kampung Selamat, Kepala Batas.

Dalam kejadian letupan bom di persimpangan Ratchaprasong berdekatan Kuil Erawan dan pusat beli-belah di Bangkok pada 7 malam (8 malam waktu Malaysia) Isnin lepas, empat rakyat Malaysia terkorban dan tiga lagi cedera.

Mereka adalah antara 20 orang yang maut dan 123 yang cedera akibat letupan bom itu, satu daripada kes keganasan paling buruk di Bangkok dalam tempoh beberapa bulan lepas.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan