Malaysia Tidak Akan Tambat Ringgit, Laksana Kawalan Modal - Najib

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 1:06 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan melaksanakan kawalan modal atau menambat ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun kerajaan melihat paras semasa ringgit tidak menggambarkan asas negara sebenar, namun kerajaan menyedari mengenai penyepaduan ekonomi Malaysia dan ekonomi global, katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia menjadi semakin bersepadu dengan pasaran kewangan global berdasarkan keterbukaan pasaran dagangan dan kewangannya.

Berikutan ekonomi dan pasaran kewangan global kini melalui penyelarasan, ia akan memberi implikasi atas pasaran kewangan domestik dan kadar tukaran mata wang.

"Oleh itu, fleksibiliti kadar tukaran mata wang kita sangat penting untuk menyerap pelarasan dan turun naik global ini.

"Atas sebab itu, kerajaan Malaysia tidak akan mengambil langkah menambat ringgit atau pun melaksana kawalan modal," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Tags / Kata Kunci: Ringgit , Najib Tun Razak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan